Pada petang semalam di kawasan Tanjung Kling, daerah Melaka Tengah, seorang gadis berusia 19 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang selepas diserang dan dipercayai dilibas menggunakan objek tajam sewaktu membonceng motosikal bersama kakak iparnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit , pihak polis telah pun menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut. Suspek yang berada dalam lingkungan usia 20‐an itu ditangkap kira-kira jam 10.30 malam di sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian.
Artikel berkaitan: Tular Gambar Murid Perempuan Cedera Di Kepala, Rupanya Bukan Dip*kul Tapi Cedera Ketika Bermain
Artikel berkaitan: Tak Sempat Elak Motosikal Tiba-tiba Tukar Arah, Suami Isteri Patah Tulang, Kereta Dipandu Terbabas
Dalam butiran kejadian, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Batu 9, Tangga Batu selepas habis bekerja di sebuah kilang dan membonceng motosikal yang dibawa kakak iparnya. Serangan itu kemudian berlaku secara tiba-tiba ketika mangsa melalui jalan itu kira-kira jam 4.45 petang.
Hasil siasatan awal mendapati suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada keesokan harinya untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lebih lanjut untuk mengenal pasti sama ada suspek telah merancang atau bertindak secara spontan serta apakah motif sebenar insiden tersebut. Mangsa difahamkan sedang dirawat di Hospital Melaka dan keadannya stabil.
Sumber: Harian Metro