Rasanya nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dah tak perlu nak diperkenalkan. Mana-mana ceruk yang perlukan pertolongan dekat Malaysia ni, pasti kelibat Ustaz Ebit akan muncul.
Namun bukan hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibantu, terbaru Ustaz Ebit kini berada di Afrika Selatan dalam misi bantuan kepada rakyat yang memerlukan di sana.
Next level betullah ustaz ni.
Ini antara perkongsian Ustaz Ebit ketika berada di Afrika Selatan.
https://www.instagram.com/p/CNGg-8WFPSe/
https://www.instagram.com/p/CNCFnPQFMvG/
https://www.instagram.com/p/CNB6p21FhhQ/
Orang lain abai tapi Ustaz Ebit boleh ajak borak
Namun yang mencuri tumpuan ketika misi di Afrika tersebut adalah pertemuannya dengan seorang gelandangan yang difahamkan sukar untuk didekati oleh masyarakat setempat.
Bagaimanapun Ustaz Ebit berjaya dekati gelandangan tersebut malah lelaki itu sempat berkongsi kisah silamnya dengan Ustaz Ebit.
Perkongsiannya yang dimuatnaik di facebook itu sehingga kini meraih lebih 200k likes.
Cerita kisah silam.. belanja makan KFC
Menurut perkongsiannya, lelaki berusia 60 tahun itu dikatakan pernah berkahwin dengan seorang wanita namun mereka berpisah dan sejak itu lah dia hidup sebagai gelandangan.
Lelaki itu juga dikabarkan mempunyai tiga orang anak dan sudah lama tidak bertemu dengan mereka.
Selain itu, Ustaz Ebit membawa lelaki tersebut pergi membeli pakaian untuknya dan makan KFC.
https://www.instagram.com/p/CNES-p0lJGC/
“Cuba bayangkan Ustaz jadi PM”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa syukur dengan sifat Ustaz Ebit yang bukan sahaja memberi pertolongan di negara sendiri malah sanggup sampai ke luar negara.
Ada juga yang berseloroh bertanya, macam mana lah kalau pendakwah itu jadi Perdana Menteri?
Ni baru betul superhero!
Baca : Sering Buat Video Sweet Hargai Isteri, Ustaz Ebit Lew Akui Banyak Belajar Daripada Aeril Zafrel