in

Letak Handphone Bawah Bantal Waktu Tidur, Lelaki Melecur Handphone Tiba-tiba Terbakar

Ft Nokia Final

Siapa antara korang yang ada tabiat suka letak handphone bawah bantal waktu tidur? Senang nak ambil katanya takut handphone jatuh katil atau sebab nak ‘sorok’ bunyi alarm.

Hah, mesti pernah buat kan? Dah boleh ubah tabiat sebegitu gara-gara adanya bahaya yang sedang menanti.

Bukan setakat cas handphone semasa tidur sahaja boleh membahayakan nyawa kita tau, tetapi suka letak handphone bawah bantal juga boleh mendatangkan bahaya yang tak disangka-sangka.

 

Handphone terbakar waktu nyenyak tidur

Seperti kejadian yang menimpa seorang lelaki dari Kerala, India ini, dia terpaksa menahan sakit apabila tangan dan bahunya melecur gara-gara handphone terbakar.

Handphone jenama Nokia itu dikatakan terbakar sewaktu dia sedang nyenyak tidur dimana sebelum itu dia ada meletakkan handphonenya itu di bawah bantal sebelum menyambung tidur.

Lapor Pledge Times, lelaki yang berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Chandra Babu itu bekerja sebagai pemandu teksi.

Pada hari kejadian, dia memberitahu bahawa dia terlampau penat selepas menghantar penumpang ke suatu tempat yang agak jauh dari rumahnya. Dia kemudiannya tidur dengan nyenyak dan hanya sedar handphonenya itu terbakar apabila dia berasa sakit di bahagian bahu.

 

Bantal terbakar, percikan api keluar dari handphone

Menurut Babu, dia tidak mengecas telefon bimbit miliknya pada masa itu dan terus sahaja tidur tanpa memakai baju.

Saya lihat bantal saya terbakar dimana saya letak handphone dibawahnya dan ada percikan api keluar dari handphone.

Nokia 2

Babu turut mengatakan bahawa dia tinggal berseorangan di rumah ketika kejadian itu berlaku dan terpaksa menahan sakit untuk pergi sendirian ke hospital kerajaan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan.

 

Melecur di bahu dan tangan

Nokia

Mujur dia tersedar semasa kebakaran itu berlaku dan hanya melecur di bahagian bahu dan tangan akibat disambar api dari bantal tidurnya.

Dedahnya lagi, dia masih tidak tahu bagaimana handphone miliknya itu boleh terbakar secara tiba-tiba sedangkan dia tidak mengecasnya sewaktu tidur.

Dia turut menasihati orang lain supaya tidak meletakkan telefon bimbit masing-masing di bawah bantal ketika tidur kerana takut kejadian yang sama berulang.

Tambahnya lagi, ramai orang ada menghubunginya setelah insiden itu tular secara meluas. Ada yang memberitahunya bahawa kebakaran itu mungkin terjadi disebabkan geseran antara permukaan handphone dengan bantal yang menyebabkan haba dan seterusnya meletup.

Hmm boleh jadi, sedangkan laptop pun tak boleh letak atas tilam sebab nanti panas. Apa-apapun better safe than sorry. 

Baca: “Sempat menangis dan peluk rakan” – Remaja Maut Disambar Petir Ketika Dengar Lagu Dekat Handphone Baca Phone

Sumber: Pledge Times
Sumber: Pledge Times