in

Lesen Kelab Komedi Crackhouse Dibatalkan, Pemilik Kena ‘Blacklist’ Seumur Hidup

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kontroversi seorang wanita menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan komediri di Kelab Komedi Crackhouse bulan lepas, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab tersebut berkuat kuasa 31 Julai ini.


Bukan itu sahaja, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias turut berkata bahawa pemilik kelab ini juga turut disenarai hitamkan seumur hidup dari mendaftar apa-apa jenis perniagaan di Kuala Lumpur, lapor FMT.

Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur, walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan.”

Jalaluddin turut menegaskan bahawa beberapa kelab yang disyaki terlibat dengan aktiviti seumpama itu di sekitar ibu negara juga akan turut dipantau pihaknya.

Crackhouse Comedy Club Fb 090722 1 672X420 1

Bagi pihak yang melanggar syarat pelesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.

“Pada masa sama, tindakan, pemantauan serta pemeriksaan akan dilakukan secara berkala oleh DBKL kerana kita tidak mahu ada yang terlepas daripada tindakan kami.”

Pada 13 Julai lalu, Jalaluddin memberitahu bahawa Kelab Crackhouse Comedy ini hanya memiliki lesen restoran dan minuman keras dan bukannya lesen hiburan.

Sebelum ini, pengasas bersama kelab ini Rizal Van Geyzel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memuat naik video di tiga platform media sosialnya yang menyentuh isu sensitiviti perkauman pada 22 Julai lalu.

 

Baca: Co-founder Kelab Komedi Crackhouse Buat Laporan Lepas Dakwa Keluarga Terima Ugutan Bunuh?

Screenshot 2022 08 17 At 2.20.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.