in

Co-founder Kelab Komedi Crackhouse Buat Laporan Lepas Dakwa Keluarga Terima Ugutan Bunuh?

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi yang melibatkan Kelab Komedi Crackhouse selepas tular video seorang wanita didakwa menghina Islam semasa membuat persembahan komediri masih lagi hangat diperkatakan.


Ekoran ini juga, pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse Rizal van Geyzel yang juga seorang pelawak turut ditahan selepas beberapa videonya tular kerana didakwa telah menyentuh hal sensitiviti agama dan bangsa.

Memetik laporan dari The Vibes, baru-baru ini Rizal dikatakan telah membuat laporan polis selepas dia dan keluarganya menerima pelbagai gangguan dan ugutan termasuk ugutan bunuh ekoran dari kontroversi yang melanda.

Rizal membuat keputusan untuk membuat laporan polis selepas isterinya menerima ugutan pada pukul 4.30 pagi semalam melalui telefon bimbitnya.

277790201 1421082431684059 321499370584135204 N 2491937 20220714190742

Saya ada terima banyak ugutan sebelum ni, panggilan nama, kata-kata carutan dan macam-macam lagi sehinggakan saya terpaksa tukar nombor telefon. Tapi ni pertama kali ugutan ini dibuat kepada keluarga saya.

“Sebelum ni saya ada dapat ugutan bunuh tapi kami tak buat laporan polis kerana isu tersebut (kontroversi) masih berterusan.”

Pelawak ini juga turut mengatakan orang yang mengugutnya itu juga turut memberi bayangan seperti ianya akan berlanjutan dengan mengatakan bahawa “ini hanya permulaan”.

Laporan mengenai ugutan ini telah pun dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail jam 5 petang semalam bagi memastikan keselamatan keluarganya namun Rizal tidak dapat memberikan maklumat yang terperinci ekoran kes kini dalam siasatan polis.

Sebelum ini juga, beberapa media melaporkan bahawa Kelab Komedi Crackhouse telah menjadi sasaran vandalisme melihatkan tempat tersebut telah disimbah dengan cat.

 

Baca: The Crackhouse Comedy Club Diserang, Jadi Tempat Vandalisme Orang Tak Dikenali

Screenshot 2022 07 20 At 12.12.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.