in

Lepas Viral Penari Serupa AC Mizal, Penganjur Pula Dikecam Buat Majlis Maksiat?

Page Ac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min percaya semua mesti tahu video penari lelaki yang viral baru-baru ni sebab muka serupa dengan pengacara dan pelakon, Dato’ AC Mizal (DAC). Siap dapat respons dari DAC sendiri tau!


Memang ramai yang terhibur kerana boleh dikatakan penari itu merupakan doppelganger yang paling dekat dengan DAC. Tapi biasalah, walaupun ramai yang terhibur, ada juga yang mengatakan perkara sebaliknya.

Menurut mStar, difahamkan penganjur majlis itu telah dikecam teruk oleh netizen kerana dikatakan menganjurkan majlis yang berunsurkan maksiat selepas penari membuat tarian yang agak terkinja-kinja.

Ac 1

Rata-rata mereka mengatakan bahawa tarian yang ditunjukkan itu tidak melambangkan norma kehidupan Malaysia yang sopan dan juga penari lelaki yang menari penuh lentik seperti penari wanita.

Walau bagaimanapun, penganjur dan juga pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan isu itu dengan mengatakan bahawa niatnya menjemput penari-penari itu hanyalah sebagai hiburan bagi tetamu yang datang.

Ac 2

“Semua penari tu penari profesional dan mereka menari sebegitu rupa sebab lagu Lady Gaga iaitu Bad Romance… Jadi, takkan lah lagu rancak nak menari tarian tradisional? Tak sesuai lah kan?” – Ikmal Lee

Disebabkan terlampau banyak kecaman yang diberikan, pengusaha berusia 26 tahun itu meminta jasa baik orang ramai agar menghentikan segala kata-kata buruk yang dilontarkan kepada dirinya dan juga para penari yang dijemput.

Hmm.. nak tegur tu boleh, tapi jangan melampau sangat okay? Risau ada yang terasa hati dalam diam…

Baca: “Lentik I lain okay” – Viral Video Lelaki Miripnya Menari Pakai Heels, Ini Respon AC Mizal

Untitled 2 9

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.