in

“Lentik I lain okay” – Viral Video Lelaki Miripnya Menari Pakai Heels, Ini Respon AC Mizal

Ft Ac Mizal Respon Penari Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar orang cakap yang dalam dunia ni, kita akan ada 7 kembar yang mirip ‘sebijik’ dengan rupa kita dalam dunia ni dan nampaknya  pengacara Dato’ AC Mizal dah jumpa seorang.


Ia berikutan dengan video viral yang memperlihatkan seorang lelaki menari dengan penuh bertenaga dari TikTok. Ia menjadi perhatian kerana wajah lelaki tersebut mirip seperti Dato’ AC.

Disebabkan itu, ia membuatkan AC Mizal terpanggil untuk memberikan respon setelah anaknya yang tunjuk video itu kepadanya.

 

“Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan”

AC Mizal sendiri yang muat naik video tersebut di Instagram miliknya semalam. Dilihat AC Mizal bersikap begitu terbuka dengan memberikan gurauan bahawa itu adalah dirinya, guraunya itu adalah bakat terpendamnya dan perlu ditonjolkan untuk buat ‘job tepi’.

“OK OK OK siapa edarkan video ni haa ….i terpaksa cari job sampingan…tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan.(b malam ni i pakai macam ni ok tak) hahah mampussss! Hari fon notification tak berhenti2 ingat apa , rupanyer dah pecah lobang i buat job tepi. selain dari Host … hebat tak ? Demi mencari rezeki… tambah pendapatan.”

 

Ramai netizen terhibur apabila melihatnya termasuklah rakan artis sendiri, bagaimanapun ramai netizen tahu bahawa terang-terang individu tersebut bukanlah Dato’ AC Mizal.

Bila tengok video ni teringat scene dia dalam Gerak Khas The Movie tu.

 

Baca : “Inspektor Mazlan undercover kot…” – [VIDEO] Aksi ‘Kembar’ AC Mizal Bergelek Sakan Buat Netizen Berdekah

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.