in

“Lepas satu-satu bala”- Terbaru Lebih 1,000 Babi Mati Secara Misteri Di Bali, Indonesia

Featured 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika dunia sedang kecoh dengan wabak Corona Virus yang menunjukkan trend meningkat dari semasa ke semasa, kini negara jiran pula berhadapan dengan musibah secara misteri.


Dilaporkan lebih 1,000 ekor babi mati secara misteri di Bali, Indonesia, namun punca masih belum dikenalpasti.

81580802408 Babi
Sumber: astro awani

Namun menurut pihak berkuasa tempatan, peladang di kawasan tersebut mendakwa situasi itu mungkin disebabkan penularan Demam Babi Afrika (ASF), lapor Astro Awani.

Namun dalam laporan Bangkok Post, sebenarnya secara keseluruhan dicatatkan hampir 50,000 ekor babi mati di seluruh bahagian utara Sumatera sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 ekor babi mati akibat penyakit ‘misteri’ dalam tempoh 2 bulan.

Omernbp1Qwmjlhpwms79
Sumber: kumparan
Ilustrasi Babi Potong
Sumber: tribun bali

Antara daerah yang terkesan ialah Bandung (598 kes), Tabanan (219 kes), Denpasar (45 kes), Gianyar (24 kes), Bangli dan Karangasem masing-masing catat 1 kes.

Sementara itu Ketua Pusat Penyelidikan Veterinar Denpasar, Wayan Masa Tenaya berkata sampel darah babi yang mati telah dihantar ke Pusat Penyelidikan Veteriner di Medan, Sumatera Utara.

“Hanya ada tiga penyakit yang biasa dikaitkan dengan haiwan ternakan iaitu septikemia epizootica, babi kolera dan streptococcus suis.”

Bagaimanapun Ketua Pertubuhan Penternak Babi Bali, Ketut Hari Suyasa yakin yang kejadian tersebut berkait rapat dengan ASF ekoran semua simptom yang ditunjukkan adalah sama.

 

Baca : Tak habis-habis ujian Australia Australia Diserang Nyamuk Gajah Sebesar 20 Sen, Pakar Beri Amaran Potensi Wabak Baru

1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.