Aktor terkenal Korea Selatan, Jung Woo Sung dilihat sekali lagi menjadi buah mulut netizen di negara tersebut selepas terbongkarnya hubungan sulitnya bersama 2 orang lagi wanita lain selepas pengakuannya mempunyai anak luar nikah bersama model Moon Ga Bi.
Berdasarkan satu hantaran tular di X, Jung Woo Sung didakwa ada menjalinkan hubungan bersama seorang akauntan, malah hubungan mereka juga sudah mencecah 10 tahun.
Artikel berkaitan : “Akan bertanggungjawab sara anak” – Pelakon Jung Woo Sung Kini Bergelar Bapa Hasil Hubungan Intim Dengan Model
Artikel berkaitan : “Nyawa kami dihujung tanduk”- Ini Kisah 3 Rakyat Korea Utara Yang Berjaya & ‘Boloskan’ Diri Dari Negara Sendiri
Bahkan, akauntan yang dikatakan berstatus isteri orang itu sanggup bercerai dengan suaminya kerana mahu bersama pelakon filem The King itu.
Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa Woo Sung menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lagi wanita berusia 24 tahun, bagaimanapun dia bukan seorang selebriti.
Dalam pada itu, akaun layar X tersebut turut memuat naik tangkap lar mesej perbualan aktor tersebut sebaagai bukti.
정우성 세다리 래…..
①문가비
②10년 장기연애 회계사
③98년생 비연예인 (돈룩업)더 있을수도 있다네….참..대박이네 pic.twitter.com/UGvL6BP97i
— 뿌둥 (@_U_topia__) November 25, 2024
Namun begitu, pelakon berusia 51 tahun tersebut masih lagi mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Sebelum ini, aktor 51 tahun itu menjadi tumpuan selepas mengakui bahawa dirinya adalah bapa kepada anak seorang model, Moon Ga Bi dan memaklumkan bahawa dia sudah berjumpa dengan wanita itu untuk membincangkan pasal tanggungan anak mereka itu.
Sumber : X, mStar Online