in

Lepas Mandikan Jenazah Ayah, Adik 14 Tahun Jadi Wali Kakak Pula

Nikah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kecoh diperkatakan mengenai perkahwinan bawah umur di Malaysia. Ramai yang tak bersetuju tapi ada juga yang anggap sebaliknya.

Sebab bagi mereka, anak-anak di bawah umur 18 tahun masih belum matang untuk buat sebarang keputusan atau berfikiran jelas.


Tapi bagaimana pula kalau korang jumpa adik yang berumur 14 tahun tapi dah galas tanggungjawab seperti seorang lelaki dewasa buat keluarga?

 

Baru berusia 14 tahun dah jadi wali untuk dua orang kakak

Muhammad Amierul Adlie Basiran, hanya berusia 14 tahun tapi sudah menggalas tugas sebagai seorang wali untuk menikahkan bukan seorang tapi dua orang kakaknya.

Satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga itu, Amierul kehilangan ayahnya bulan lepas akibat kanser.

Walaupun sedih tapi Amierul tetap menyahut pesanan terakhir arwah ayahnya, Basiran Ali, untuk mengambil alih tugas menjaga keluarga.

42705362 2435992853107706 940363040551862272 O E1538297817575
sumber: facebook

Memetik laporan MStar, sepupunya Mohd Syukri Madnor berkata perkahwinan kakak-kakak Amirul sebenarnya telah diaturkan terlebih awal.

“Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada Ogos lalu akibat kanser.

https://www.facebook.com/mohdsyukri.madnor/videos/2435993096441015/?permPage=1

Sumber: Facebook

“Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.

“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.”

Mereka pun pada asalnya memang nak gunakan jurunikah sahaja untuk mewakili keluarga.

Tapi lepas semua orang berbincang dan dengan persetujuan Amierul, akhirnya dia dipilih untuk menjadi wali.

42819723 2436105186429806 9052570198334242816 O 1
sumber: facebook

“Malah Amierul sendiri  yakin memberitahu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga.”

Fuh! Bukan calang-calang orang dapat galas tanggungjawab sebesar ni pada usia muda!

Semoga Amierul yang juga anak bongsu kelima dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini dipermudahkan dalam pengajiannya.

Buat masa ni, Amierul sedang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA, Muar, Johor.

Baca: TMJ dan KJ Hentam Mufti Sabah Isu Had Kahwin 14 Tahun

Kahwin Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.