Sebelum ini, tular video rakaman seorang pengguna jalan raya diganggu oleh kanak-kanak lelaki berbangsa Rohingya di tengah jalan raya. Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah mengetuk pintu cermin kereta untuk meminta sedekah.
Terbaharu, tular sebuah lagi video memapaparkan aksi dua orang wanita yang juga warga Rohingya meminta sedekah dengan aksi yang keterlaluan.
Menurut video yang dimuat naik oleh seorang gadis menerusi akaun TikTok (@idaaleesa), dia berjaya merakam aksi wanita Rohingya yang memasuki kawasan rumah orang awam untuk meminta sedekah.
Difahamkan, wanita warga Rohingya tersebut turut mengetuk pintu rumah orang awam sesuka hati, dan menunggu di hadapan pintu untuk meminta sedekah.
“Kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh?”, tulis gadis itu.
@idaaahamzah kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu
Jelas gadis itu, kejadian tersebut berlaku di rumahnya yang terletak di Batu Buruk, Terenganu.
“Ada dua orang yang datang, seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung. Kejadian berlaku di Batu Buruk, Terengganu. Rumah tiada pagar dan hanya tepi jalan, pintu rumah orang luar tidak nampak kita di dalam,” katanya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan aksi warga Rohingya tersebut. Ada juga yang mempersoalkan tentang keselamatan rumah penduduk di situ.
“Sebelum ini pun berlaku di rumah saya, nasib pintu pagar tutup, tiba-tiba saya jumpa dekat simpang naik van ramai-ramai,” tulis seorang warganet.
Apa pendapat anda?
Kredit: idaaleesa
BACA: [VIDEO] Netizen Puas Hati ‘Budak Rohingya’ Dah Kena Tangkap Pihak Berkuasa?