in

Lengkap Dengan Kemudahan Asas, Bangladesh Hantar Hampir 2,000 Pelarian Rohingya Ke Penempatan Bhasan Char

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu tentang pelarian Rohingya masih belum selesai. Kali ini, Bangladesh telah menghantar 1,778 pelarian Rohingya ke penempatan Pulau Bhasan Char, Jumaat lalu, lapor Sinar Harian.


Difahamkan, hampir 2 ribu pelarian yang dipindahkan tersebut merupakan kumpulan ketiga yang terlibat dalam projek penempatan semula.

Menurut Agensi Berita Anadolu, Komodor Abdullah Al Mamun Chowdhury iaitu Pengarah Penempatan Semula Rohingya di pulau terpencil itu mengatakan rumah kluster telah siap dibina oleh pihak mereka untuk kegunaan pelarian yang terlibat.

Rohingya 1

Terletak kira-kira 50 kilometer dari pantai barat daya Bangladesh, Pulau Bhasan Char di Teluk Bengal dikatakan mempunyai kemudahan asas yang lebih baik berbanding kem pelarian yang semakin sesak di Cox’s Bazaar.

Katanya, semakin ramai pelarian yang mahu berpindah secara sukarela ke penempatan terbabit lepas dipujuk keluarga mereka yang dah berpindah ke sana. Akhirnya dorang boleh bersatu semula dengan keluarga tersayang. 

Kapal-kapal yang membawa mereka yang terlibat telah bertolak pada pagi Jumaat dari bandar pelabuhan Chattogram, Bangladesh.

Rohingya 2

Untuk rekod, pihak berkuasa Bangladesh sebelum ini telah memindahkan 3,446 pelarian Rohingya ke pulau tersebut pada Disember lalu. Shah Rezwan Hayat yang merupakan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh berkata,

Kami akan berusaha untuk memastikan kehidupan pelarian Rohingya akan terjamin di penempatan itu sehingga mereka dapat pulang semula ke Rakhine, Myanmar. “

Semoga mereka dapat membina hidup baru yang lebih baik di kawasan penempatan tersebut.

Baca: “Kami minum air kencing sendiri” – Etnik Rohingya Ceritakan ‘Detik Hitam’ Sebelum Diselamatkan Warga Indonesia 

Rohingya

Sumber: Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.