in

Lelaki Terima ‘Sumbangan’ BN Dakwa Difitnah Netizen, Kesal Dilabel Pendatang Asing

Guy 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan PRU14 dah nak dekat ni, setiap parti yang bertanding mula jalankan strategi  masing-masing bagi mendapat vote dari rakyat.


Semalam seorang pegawai BN dah didakwa merasuah pendatang asing dengan lesen bisnes dan wang berjumlah RM3,000 selepas videonya tular di media sosial. Dah kecoh pasal ni, ramai yang menyatakan pendapat dan menyelar tindakannya itu.

Bn1
sumber: lobak merah

Hari ni pulak menurut Malaysian Digest, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim telah membuat laporan polis semalam sebab difitnah dengan berita yang tak sahih! Siapa yang buat ni?

Tapi selain Datuk Abdul Abdul Mutalif, ada lagi satu individu yang bengang sebab terpalit dengan fitnah yang tak berasas ni konon menerima rasuah dari orang BN. Bukan tu je, dia jugak kesal sebab digelar pendatang asing oleh netizen selepas video tersebut tersebar.

Bn3
sumber: youtube
Bn2
sumber: youtube

Azmi Abdul Malik merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai workshop sendiri namun, telah terbakar pada 9 April yang lalu pada pukul 8 pagi kerana short circuit daripada bateri motosikal. Kedatangan Datuk Abdul Mutalif hanyalah untuk membantunya.

“Agak terkilan dengan cara, budaya orang Malaysia sekarang. Kalau tak dapat bantu saya tapi tolong jangan membuntukan saya.”

“Bila dibantu, saya dibuntukan dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati. So, diharap benda macam ni jangan berulang lah bantu saya dan bukan membuntukan saya.”

Sementara tu, Datuk Abdul Mutalif yang juga merupakan DUN Taman Medan jelaskan yang dia hanya berniat untuk membantu Azmi yang ditimpa musibah tu dalam bentuk wang berjumlah RM3,000 bagi meringankan bebannya yang turut perlu membiayai kos perubatan dua orang anak yang menghidap diabetes dan komplikasi jantung.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=32&v=aPivp2v66-U

Alahai, tak pasal-pasal kena label pendatang asing! Nasib baik dah setel! Kebenaran terjawab jugak akhirnya!

Baca: [VIDEO] Pegawai BN Didakwa Rasuah Pendatang Asing Dengan Lesen Bisnes dan RM3,000

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.