in

Lelaki Tegur Sikap Pekerja Booth Pesta Buku Tarik Tangan Anak Pengunjung Macam Penjenayah

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar kanan bukan gambar sebenar semasa kejadian. Ia hanyalah gambar untuk tujuan ilustrasi semata-mata.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang telah bermula pada 28 April lepas di Putra World Trade Centre (PWTC) pastinya menarik perhatian semua ulat buku seluruh negara. Namun pada setiap tahun penganjurannya, pasti ada saja isu panas berlaku di luar jangkaan penganjur.

Suasana Booth Pts Di Pbakl 2012
gambar hiasan – sumber: hazlam anuar

Terbaru, seorang lelaki memuat naik status di Facebook meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap petugas booth di PBAKL yang menggunakan teknik ‘hard sell’ untuk menarik pelanggan ke booth mereka.

Menurut Zamri Mohamad,

Satu momen yang mendukacita saya apabila reruai-reruai (booth) produk pendidikan kanak-kanak berlebih-lebihan sehingga menarik tangan anak saya ke reruainya atas alasan mahu buat ujian IQ.”

“Dia (petugas booth) tak peduli hormat pada isteri saya. Saya tegur pekerjanya agar jangan suka hati tarik tangan anak orang. Jika nasib tak baik mahu tumbuk sahaja atas alasan saya tak tahu dan dia cuba menculik kanak-kanak,” katanya lagi.

Luahnya, sikap petugas booth tersebut seperti penjenayah. Mengumpan anaknya dengan barang seperti belon supaya kanak-kanak itu tertarik untuk ke booth mereka.

Bh 20150621 Nnreading 1724297
gambar hiasan – sumber: berita harian sg

Tidak berpuas hati dengan sikap petugas booth yang tidak beradab itu, Zamri akhirnya memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak penganjur. Namun jawapan yang diperolehinya tidak begitu meyakinkan.

Menurut pusat aduan,

Sudah ramai datang ke sini dan buat aduan. Malah kami (penganjur) pun mereka tak hormati. Kami fikir akan batalkan mereka daripada menjadi pempamer di pesta buku.”

Pada pandangan Zamri, dia tak percaya bahawa pembatalan itu akan berlaku oleh kerana pihak penganjur tidak menyediakan kertas aduan dan hanya menawarkan sehelai kertas A4.

“Saya terkejut dengan SOP penganjuran begini. Mana boleh halau pempamer sebarangan tanpa bukti hitam putih. Mungkin Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu jelaskan hal ini,” katanya.

Malah menurutnya lagi, petugas juga tidak punya kuasa untuk membatalkan pempamer dan pempamer juga punya hak kerana mereka membeli acara ini dengan duit mereka sendiri.

“Itu sebab penganjur pun mereka ada lesen pijak-pijak. Masakan tidak, pempamer berani balas teguran penganjur sendiri,” katanya lagi.

Luahan Zamri Mohamad juga mendapat sokongan daripada Azzah Abdul Rahman yang menyifatkan petugas booth tersebut tidak lagi ‘kurang ajar’ tetapi ‘biadap melampau’.

Mereka tarik kanak-kanak ke booth, gaya macam penculik. Saya sendiri kena, dua orang anak saudara tiba-tiba berjalan laju ke depan… rupanya ada makhluk biadap yang tarik!”

“Apabila kita tolak dengan baik, mereka sindir. Duit tu banyak baik beli buku ni. Ini untuk masa depan. Anak-anak boleh pandai English. Tak berat masa depan anak-anak ke?” katanya lagi merujuk kepada sindiran daripada petugas booth tersebut.

Fa 01.2
gambar hiasan – sumber: mari belajar bahasa malaysia

Perkongsian status-status ini mendapat pelbagai pandangan, tak kurang juga ada yang meluahkan pengalaman dikejar dan dihimpit petugas-petugas booth ini.

Antaranya,

Bila cakap saya tak ada anak mereka kata, “Eh kak tak baik menipu takkan abang dah berumur tak ada anak”.

Saya selalu lari dari penjual buku kanak-kanak (tak semua) ala-ala MLM itu kerana cara mereka yang merimaskan dan melangkaui privacy.”

Kalau menjual dengan cara macam ini, lagi susahlah orang nak datang membeli. Lebih baik tak ramai pelanggan dari tak beradab dengan orang sekeliling!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.