in

Lelaki ‘Tamatkan Riwayat’ Ex-GF Sebab Nak Buktikan Cinta Kepada Kekasih Baru

Featuerda

Demi membuktikan kecintaan kepadaa kekasih, seorang lelaki dari Suzun di wilayah Novosibirsk, Rusia tergamak membunuh bekas kekasihnya.

Petrove

 

Ini kronologi kejadian…

Suspek, Aleksey Petrove (20 tahun) dan kekasihnya Yekaterina Korpova (20 tahun) ajak bekas girlfriend lelaki itu, Anastasia untuk berhibur pada 14 Jun lalu.

Pasangan kekasih itu kemudian ajak mangsa ke kawasan hutan, kononnya untuk pesta unggun api dan disitu mereka minum minuman keras.

Petrove kemudian keluarkan pisau yang disorokkan di poketnya dan menikam bekas kekasihnya itu.

Anastasia

Malah menurut media tempatan, lelaki itu dilaporkan menikam leher mangsa beberapa kali, lapor thesun.

Bagaimanapun Anastasia dikatakan sempat melawan dan cuba melarikan diri. Dia kemudiannya telefon rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Tolong aku! Aku berada di dalam hutan! Mereka mengejarku. Leherku terluka. Mereka akan segera membunuhku,”

Malangnya, rakan Anastasia sangka ia ‘prank call’ dari wanita itu, memandangkan dalam keadaan mabuk.

Akhirnya Petrove berjaya tangkap wanita itu dan menamatkan riwayat hidup bekas kekasihnya itu. Dia kekasihnya kemudian sembunyikan mangsa dan laporkan mengenai kehilangan wanita itu di kawasan kampung yang berdekatan.

Selepas polis menemui mayat Anastasi, Petrove dan kekasih barunya ditahan untuk siasatan lanjut.

Malah polis turut memaklumkan yang lelaki tersebut bukan sahaja menikam mangsa dengan pisau, malah turut memijak leher mangsa dan menjerutnya hingga mati.

 

Scarynya…

Baca : Handbag putih pun sama tu yang tak tahan; [VIDEO] Gadis Ini Tak Tahan Gelak Sebab Sama Baju Dengan Pasangan Kekasih

Baca 17 8

Sumber: thesun
Sumber: thesun