Lelaki Pedofil Terlepas Hukuman Penjara Padahal Terbukti Bersalah Cabul Kanak-kanak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pedofil. Mesti semua manusia yang normal tak boleh nak brain kenapa wujudnya orang macam ni. Diorang ni takde perasaan ke duk buat benda bukan-bukan kat budak-budak kecik? Orang macam ni memang patut terima hukuman berat, tapi lain pulak yang jadi kat seorang lelaki ni.

Menurut The Sun, ada seorang lelaki pedofil British terlepas hukuman hukuman penjara walaupun dah terang-terang dia bersalah sebab cabul dan dera kanak-kanak perempuan umur lima tahun secara seksual. Hah?!

Sumber: Nextshark

Mark Smith, lelaki berusia 40 tahun ni seorang Penolong Pengetua kat Golden Bridge International School, Phnom Penh. Mark didakwa bawa seorang pelajar kanak-kanak ke sebuah rumah dan cabul budak tu.

Dia terima hukuman dua tahun suspended jail daripada mahkamah kat situ lepas disabitkan kesalahan. Suspended jail sentences ni dia kira macam penjenayah akan dipenjara tapi hukuman tu kena delay atas sebab-sebab tertentu.

Mark kena denda lebih kurang RM5000 lepas perbicaraan di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, tapi tiba-tiba terlepas hukuman penjara sebab dah kena suspended sentences tu. Boleh pulak macam ni?

Sumber: The Sun

Kes ni diketahui masa Viriya, seorang DJ radio tiba-tiba discuss pasal seorang pedofil lain then masuk kes Mark ni. Dia kata ibu bapa kanak-kanak tu takut nak buat aduan polis walaupun keluarga mangsa tahu something bad jadi kat anak diorang. Lepas tu terus la polis masuk campur dan tangkap Mark ni. Waktu kena tangkap tu dengan tak malunya Mark ni mengaku dia tak bersalah.

“Tak bersalah 100%. (Saya) tak bersalah.”

Sumber: Nextshark

Ibu bapa kanak-kanak tu perasan ada macam something keluar dari underwear anak diorang, nampak macam kuning-kuning dan bau kurang menyenangkan. Lepas bawa anak diorang jumpa doktor, doktor cakap cecair tu disebabkan sexual activity.

Lepas pujuk anak dia suruh cerita, kanak-kanak tu cakap yang Cikgu Mark tu bawa dia balik ke sebuah rumah dan mengaku yang dia dah kena ganggu secara seksual.

Manusia jenis apa la macam ni. Tersenyum je dah tak kena penjara. Semoga lepas ni undang-undang untuk kes berat macam ni akan lebih setimpal.

Baca: Ini Kronologi Kisah Tragis Nurul Huda, Kanak-kanak Mati Dirogol Berkali-kali Tahun 2004

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.