in

Lelaki Pecah Masuk Kedai Niat Nak Merompak, Tapi Owner Baik Hati Siap Offer Kerja Lagi…

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu bila ada perompak pecah masuk, kita akan cepat-cepat telefon polis so perompak tu cepat-cepat kena tangkap.



Tapi lain pula dengan kes sorang ‘owner’ kedai makan di Augusta, Georgia ini bila dia dapat tahu kedai dia dipecah masuk waktu tengah malam, lagi-lagi pada hari ‘birthday’ dia tau!

Hbfhfs

Menurut Daily Star, perompak tersebut masuk ke kedai dengan cara membaling batu bata ke arah pintu kaca di hadapan kedai sampai pecah. Lepas itu, perompak tersebut mengalihkan peti cash kedai itu dengan harapan dalam itu ada duit yang banyak, tapi kecewa betul perompak itu bila tengok peti cash tersebut kosong tak ada isi langsung!

Carl Wallace, pemilik kedai itu sedari kejadian rompak itu bila dia terkejut masa dengar bunyi alarm kedai berbunyi dan terus pergi periksa kamera keselamatan yang dipasang di kedai itu.

Hdnkfd

Namun tindakan pemilik kedai ini terhadap pelaku agak mengejutkan sebab…

“Saya tak bawa dia jumpa polis. Tapi saya cuma ajak dia duduk dan baiki kerosakan yang dilakukan.”

Kemudian, mereka berdua sama-sama bersihkan kaca yang pecah di pintu hadapan sebelum kedai dibuka semula pada pukul 11 pagi keesokan harinya.

Gsbkd

Wallace sedar yang lelaki itu tak ada skill yang bagus untuk jadi perompak, so, dia offer perompak itu bekerja dengan dia. Baik gila ‘owner’ ni siap offer kerja weh. Kalau orang lain ni, memang dah sumbat perompak tu dekat balai polis.

Pemilik kedai itu kemudian bertukar nombor telefon dengan lelaki itu dan minta dia kembali ke kedai tersebut untuk memohon kerja dengannya. Nak merompak kedai tapi tiba-tiba dapat job. Memang amazing.

Kisah ini dikongsikan juga oleh pemilik kedai itu di Facebook miliknya sehingga menerima pujian ramai.

Ni la orang kata rezeki tak pernah salah alamat. Memang rezeki betul dapat offer kerja lepas merompak.

 

Sumber: Daily Star

Baca: “Bak sini telefon!”- Kena Rompak Masa ‘Live’, Perompak Siap Acu Pistol Pada Wartawan & ‘Cameraman’

Capture 21

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.