Ajal dan maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja sebab tu sebagai orang Islam, kita kena sentiasa berdoa semoga kita diberikan kematian husnul khatimah.
Macam baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun telah ditemui maut selepas dihempap sebuah kereta di Telok Panglima Garang.
Lebih memilukan, lelaki ini dipercayai sedang cuba mencuri ekzos kereta jenis Honda tersebut sebelum pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba terjatuh.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh, pihaknya menerima maklumat kejadian ini dari pembantu perubatan yang merawat mangsa yang terbaring dan dipercayai telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan, lapor Buletin TV3.
Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa suspek dan rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta. Hal ini berpunca kerana pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba telah terjatuh dan terhempap si mati.
“Kes disiasat di bawah kematian mengejut.”
Berdasarkan maklumat yang diterima, ketika kejadian mangsa mencuri ekzos bersama seorang rakan dan pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun.
Hasil siasatan menemui suspek ini mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos, pecah rumah dan dua rekod narkotik.
Suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri yang boleh membawa hukuman penjara separuh daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.”
Allahu, tak pasal-pasal je…
Baca: Nak Lari Dari Dicekup, Remaja Curi Kereta Kantoi Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’