Fikir-fikirlah dahulu sebelum buat suatu perkara tu. Dek kerana tindakan bodoh, tak pasal-pasal nyawa melayang dengan begitu sahaja. Nak pesan awal-awal jangan tiru aksi lelaki ini!
Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia secara terkejut ketika sedang asyik mengintai isteri jirannya mandi, lapor Malaysian Digest. Aduhai!
Kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia itu terjadi apabila lelaki yang bernama Ajun, 46, telah memanjat dan mengintai jirannya dari celah tingkap mandi. Tidak lama kemudian, mangsa yang bernama Dahlia terperasan akan sepasang mata yang sedang melihatnya dari celah tingkap.
Terkejut dengan apa yang berlaku, Dahlia menjerit dan memanggil suaminya. Manakala suspek yang takut selepas perbuatannya terbongkar telah hilang kawalan dan terjatuh tidak sedarkan diri.
Ajun ditemui oleh isterinya sendiri di belakang rumah sewa mereka dalam keadaan hanya berseluar dalam. Ish, ish, ish!
Walau bagaimanapun, dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Hasil bedah siasat mengesahkan suspek meninggal akibat sakit jantung.
Pun begitu, laporan polis sudah dibuat dan pihak berkuasa masih giat menjalankan siasatan untuk mencari punca sebenar kejadian tersebut berlaku.
Menurut siasatan polis, ini bukanlah kali pertama Ajun berbuat sedemikian dan dia memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut. Haih patutlah…
Buanglah habit-habit buruk tu dari sekarang. Tak pasal-pasal meninggal dek kerana perkara tak senonoh macam tu.
Baca: Wanita Ini Tangkap Teman Serumah Lelaki Mengintai Ketika Mandi