in

Lelaki Kurung & Seksa Kekasih Dengan Sepak Perut & Minum Pencuci Baju Untuk Gugurkan Kandungan

collage 6

Seorang lelaki dari UK bakal dipenjarakan selepas dia cuba untuk membunuh bayinya yang belum lahir dengan menyuruh sepupu dan seorang budak sekolah perempuan paksa kekasihnya minum sabun pencuci baju.

Menurut MetroUK, pada mulanya, lelaki tersebut Harief Pearson google ‘bagaimana cara untuk gugurkan kandungan’ dan ‘apa kesan heroin pada bayi dalam kandungan?’ sebelum dia memulakan agendanya.

Dia kemudiannya mengajak sepupunya Kydie McKenna dan seorang budak perempuan berusia 15 tahun untuk membantunya menggugurkan kandungan tersebut kerana dia tak bersedia untuk menjadi seorang bapa.

SEI 73407167

Harief telah mengurung kekasihnya yang berusia 17 tahun di rumahnya sebelum menyuruh sepupunya dan budak perempuan tersebuk memijak dan menumbuk perut, belakang dan dada kekasihnya.

Tak cukup dengan itu, mereka juga telah mencabut kuku remaja malang tersebut dan menuang alkohol ke mukanya yang berdarah akibat dipukul.

Harief yang merasakan penyeksaan tersebut belum cukup untuk membunuh bayi dalam kandungan tersebut telah keluar dari bilik dan menyuruh dua rakan komplotnya untuk meneruskan penyeksaan.

SEI 73407150

Lebih menyedihkan, apabila mangsa merayu supaya diberikan air, mereka telah menuang sabun pencuci muka ke dalam mulutnya.

Penyeksaan remaja malang ini hanya berakhir selepas Harief takut ibunya pulang ke rumah dan membuang kekasihnya yang cedera itu di tepi jalan. Oh dengan mak takut pulak?

Walau bagaimanapun, remaja dan bayi dalam kandungan itu selamat dan masih hidup.

Kalau ya pun tak nak bertanggungjawab, tak payahlah sampai nak menyeksa orang.

 

Baca: The Ken & Barbie: Pasangan ‘Sempurna’ Goda, Seksa, Rogol & Bunuh 13 Perempuan Muda

Screenshot 2019 06 12 at 4.14.10 PM