Mereka yang pernah berhadapan dengan situasi ganjil pasti percaya akan kewujudan makhluk ghaib. Malah, banyak kes-kes misteri dilaporkan media yang masih tidak dapat dirungkai sehingga ke hari ini.
Tiba-tiba ada bau masakan dalam kebun
Bercerita tentang situasi ganjil, baru-baru ini seorang lelaki ada berkongsikan sebuah video berkenaan situasi aneh yang dihadapinya ketika berada di kebun. Video tersebut dikongsikan oleh spanalaras dalam akaun TikTok miliknya.
Menerusi video tersebut, lelaki ini mendakwa dia ada terbau masakan tengah hari ketika berada di kebun. Lebih ganjil, lelaki ini berkata bau masakan tersebut datang dari arah hutan yang dipercayai tidak dimasuki oleh sesiapa.
Jadi, dari mana bau masakan itu datang?
@spanalaras 💦💦
Warganet kongsi pengalaman yang sama
Video ini ternyata tular dan mendapat reaksi warganet yang rata-ratanya percaya akan video lelaki ini. Malah, ramai warganet turut berkongsikan situasi yang hampir serupa dengan kejadian ganjil seperti ini.
Menurut seorang individu, dia pernah berhadapan dengan situasi yang sama ketika berada di kebun getah yang terletak 5 kilometer dari rumahnya. Jelas individu ini, dia tiba-tiba terbau gulai kari dan ayam goreng meskipun berada di tengah-tengah kebun getah.
Ada juga beberapa individu lain yang berkongsikan kisah mereka berkenaan bau masakan di dalam hutan.
Ada sesiapa yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama?
Kredit: spanalaras
BACA: Rahsia Disebalik Jambatan Port Dickson, Betul Ke Untuk Laluan Orang Bunian?