Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap peramah mereka dan ianya adalah lumrah manusia untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Lagi-lagi kalau ternampak orang tua yang dalam kesusahan, pasti ramai yang tawarkan diri untuk membantu. Terbaiklah orang Malaysia!
Akan tetapi, ramai juga yang suka mengambil kesempatan dengan niat baik orang Malaysia.
Khamis lalu melalui perkongsian satu akaun Facebook milik Ken Wom, dia menceritakan pengalamannya terserempak dengan seorang lelaki dan seorang wanita yang berkerusi roda.
Ken menulis, “Dalam perjalanan pulang ke rumah saya terpaksa menekan brek dengan kuat kerana seorang lelaki yang sedang menolak kerusi roda tiba-tiba muncul di seberang jalan. Barangan mereka bertaburan di atas jalan raya, saya pun keluar untuk membantu mereka mengutip barang-barang.”
Lelaki itu turut memberitahu Ken bahawa kedua-dua kaki isterinya telah dipotong (tetapi tidak diberitahu sebabnya), dan dia sendiri baru lepas dibedah di perut serta beberapa lagi cerita sedih yang diceritakan oleh si suami.
Dia suruh saya menempah Uber untuk dia pulang ke hotelnya di Horizon Hotel (Hotel 4 bintang okay!) dan memberitahu mereka sudah 5 hari tidak mandi dan mereka juga memerlukan tiket penerbangan pulang ke Kemboja. Dia merayu untuk saya membantunya dapatkan tiket tersebut.”
Sumber: Facebook
Lelaki tersebut malah memegang tangan Ken dan merayu supaya dibantu. Siapa tak kesian kalau dah sampai macam ni kan… Simpati dengan nasib pasangan itu, Ken menghulurkan wang berjumlah RM50 dan menempah perkhidmatan Uber untuk mereka.
Selepas kejadian, Ken terus pulang ke rumah dengan perasaan bangga dan terus menceritakan kepada teman wanitanya apa yang telah terjadi sambil menunjukkan gambar kedua-dua orang yang dibantunya itu.
Reaksi teman wanitanya yang hanya mampu ketawa dan memanggilnya bodoh membuatkan Ken pelik. Teman wanitanya kemudian mengeluarkan satu keratan akhbar yang menunjukkan gambar dua orang pengemis yang dibantu oleh Ken. Mereka rupa-rupanya adalah pengemis kelas pertama dan telah ditangkap menipu!
Pada masa itulah saya mendapat tahu yang saya rupanya ditipu.”
Netizen juga merasakan perkara memalukan yang terjadi kepada Ken itu sangat lucu. Dalam masa yang sama mereka menyampaikan rasa simpati dan marah kerana dua individu tidak bertangunggjawab itu mengambil kesempatan terhadap niat murni Ken.
Seorang netizen juga berkata yang lelaki tersebut sudah menipu ramai orang di Malaysia. Dia juga dilihat mempunyai banyak kepingan wang bernilai RM100 untuk ditukar di money changer.
Rakyat Malaysia sekali lagi di ingatkan untuk berhati-hati dengan manusia sebegini. Bukan kali pertama dorang buat tu, dah pakar
Baca: Gadis Rugi RM300 Ditipu Lelaki Jual iPhone 6, Rupa-rupanya Hanyalah Telefon Mainan