in

Lelaki Ini Tetap Pertahan Teman Wanita 60 Tahun Walaupun Dikecam Sebab Jarak Umur Terlalu Jauh

Feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jurang umur yang jauh bukanlah halangan untuk mereka yang saling mencintai untuk meneruskan hubungan. Pada pendapat min, selagi kedua-dua pasangan memahami antara satu sama lain, jarak umur tidak menjadi masalah. Yang penting, kena saling bertolak-ansur. 

Namun, bagi pasangan ini pula, hubungan mereka dikecam gara-gara jarak umur mereka yang dikatakan terlalu jauh iaitu 37 tahun. Menurut Mirror UK, lelaki yang dikenali sebagai Quran itu berumur 23 tahun manakala teman wanitanya, Cheryl berusia 60 tahun.


Umur 1

Difahamkan, pasangan itu sebelum ini telah berkongsi dengan orang ramai tentang hubungan mereka itu di TikTok menerusi akaun ttvleolove_3. Jadi, ada antara warganet yang telah menonton video pasangan ini mempersendakan mereka sebab umur Cheryl yang jauh lebih berusia.

Ada yang kata wanita tu boleh diibaratkan macam nenek Quran. Ada juga yang mendakwa mereka bercinta sebab lelaki tu nak duit. Kejam betul komen-komen netizen. Mungkin dorang memang betul-betul ikhlas cintakan satu sama lain. 

Umur 2

Cheryl dan Quran juga mengatakan anak-anak Cheryl yang lebih tua daripada Quran juga boleh menerima hubungan mereka.

Rata-rata netizen yang lain juga turut mempertahankan dan menyokong pasangan ini sebab cinta itu tak mengenal usia.

Photo 2021 06 12 12 54 32

Photo 2021 06 12 12 54 35

Photo 2021 06 12 12 54 38

Namun, menjengah ke ruangan komen TikTok berkenaan, ada juga yang mengatakan mereka berdua ni tak bercinta pun sebaliknya hanya berpura-pura untuk sebab nak kenakan haters.

Photo 2021 06 12 12 54 45

Kalau betul pun dorang ni pasangan kekasih pun apa salahnya, manusia kan dicipta untuk hidup berpasang-pasangan. Apa-apa pun, kita sebagai orang luar tak patut judge kehidupan orang lain. 

Sumber: Mirror UK, TikTok ttvleolove_3

Baca: ‘Influencer’ Vietnam Dilamar CEO Amerika, Jurang 46 Tahun Bukan Halangan

Umur

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.