in

Lelaki Ini Beri Tips Pelaburan Hartanah, Tetapi Dikecam Kerana Bersifat Kapitalis?

Cover 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada bekerja dan berniaga, pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk ‘beranakkan’ duit anda. Banyak cabang yang boleh anda ceburi untuk buat pelaburan, antaranya adalah hartanah.



Baru-baru ini, ada seorang lelaki membuat bebenang di Twitter berkenaan tips untuk melabur dalam hartanah. Salah satu tips yang diberikan lelaki ini adalah anda mesti kenal pasti dahulu kelayakan pinjaman

2 4

Namun, tips lelaki ini menimbulkan rasa kurang senang warganet apabila dia menyarankan agar penyewa menambah bilik di dalam rumah supaya dapat mengaut duit sewa yang lebih banyak.

1 1

Jelas lelaki itu, jika sesebuah rumah itu mempunyai tiga bilik, penyewa boleh menambah menjadi empat sehingga ke lima bilik untuk disewakan. Dia turut menyarankan agar rumah tersebut dilengkapkan dengan kemudahan seperti internet, penyaman udara dan televisyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat tips yang diberikan adalah bersifat kapitalis dan menindas golongan yang berpendapatan rendah.

“Mangsa adalah orang miskin…”

A

“Parking macam mana nak divide?”

B

“Bilik penjara lagi besar…”

C

“Arkitek engineer belajar bertahun2…”

D

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: Tiada Tingkap Dan Hanya Muat Untuk Katil, Bilik Stor Ini Disewa Dengan Harga RM1,500

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.