in

Lelaki Diugut Pukul Oleh Pengawal Keselamatan Kurang Ajar Kerana Salah Faham

Featured Guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Diugut Pukul Oleh Pengawal Keselamatan Kurang Ajar Kerana Salah Faham
Loading
/

Kesabaran manusia zaman sekarang bagaikan senipis kulit bawang. Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak maki atau baling kasut. Ops!

Kali ini terbaru, seorang lelaki bernama Muhammad Hafizie memuat naik dua rakaman video di laman Facebook melibatkan dirinya yang telah dipanggil ‘lancau’ dan diugut pukul oleh seorang pengawal keselamatan.


19225676 228969660952833 501077427587421234 N
sumber: facebook

Berikut apa yang diceritakannya:

“Dugaan mencari rezeki di bulan Ramadan. Datang dari Seremban naik EX5 tengah panas. Niat nak mencari sales lebih sikit sebab raya, kan. Aku terjumpa satu flat ini, ada rumah pengawal, jadi aku pun turun dari motosikal.”

Hafizie kemudian memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Menurutnya, dia meminta izin untuk masuk ke dalam flat tersebut dengan tujuan untuk membuat tinjuan atau ‘survey’ bagi pihak Astro.

“Satu jam aku naik flat tu, aku buat sales. Alhamdulillah dapatlah empat pelanggan yang nak pasang Astro dan upgrade decoder PVR,” katanya.

Pun begitu, sebaik sahaja dia turun dari flat tersebut, pengawal keselamatan tadi menjerit kepadanya dan sahabat dengan kata-kata yang tidak elok.

Wei lancau dua orang, kau sini kejap!” 

Terkejut dipanggil sebegitu, Hafizie dan rakannya bertanya apa salah mereka kepada pengawal tersebut. Mereka kemudian diminta untuk memberi kad pengenalan meskipun rakan Hafizie enggan berbuat demikian.

Dia cakap dia kena tiaw (kena maki). Aku cakaplah aku aku dah beritahu semua dekat dia tadi. Lepas tu jadi macam ni pulak, kan?”

Capture 20170615 115457
sumber: facebook

“Kalau tak bagi masuk, aku takkan masuk. Ini aku dah terangkan aku siapa. kerja aku apa, datang sini nak buat apa. Haih, bila dah jadi macam ini siap ugut nak pukul aku!” luah Hafizie.

Menerusi rakaman video tersebut, pak guard berkenaan dilihat dalam keadaan marah dan mengatakan Hafizie telah masuk ke kawasannya dan cuba membuat kacau. Dia juga sempat mengugut dengan mengatakan akan mengetuk Hafizie dengan kayu jikalau mangsa dilihat membuat promosi di situ lagi. Aiyo, hal kecik je pun sampai nak pukul-pukul…

Capture 20170615 115853
sumber: facebook

Walau bagaimanapun Hafizie menganggap semua ini dugaan di bulan Ramadan. Katanya lagi,

Satu sajalah bang, kita Melayu dan di bulan yang mulia lagi. Saya hormat kerja abang. Tapi abang tak patut cakap macam tu dekat saya. Saya pun bekerja, sekurang-kurangnya kalau betul tak boleh masuk cakap elok-elok. Saya angkat kaki.”

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Facebook mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu ini. Ada yang menganggap Hafizie sengaja memprovokasi pak guard tersebut dengan menyebut isu ‘lancau’ berkali-kali.

Malah sebutan ‘survey’ mangsa juga seakan-akan berbunyi ‘servis’ yang kemungkinan membuat pengawal keselamatan tersebut salah sangka.

Kena baiki sebutan Bahasa Inggeris tu lagi ye, awak!

Komen Survey
sumber: facebook

Namun ada juga yang menganggap tindakan pengawal keselamatan yang berlagak gangster itu juga salah, tambahan pula di bulan Ramadan ini. Takkanlah isu salah minta izin masuk flat pun sampai nak pukul-pukul, bang! Sabar…

Komen Marah
sumber: facebook

Dalam isu ini eloklah kita jangan menjadi tukang nasi tambah dan menyalahkan sesiapa. Kedua-duanya hanya menjalankan tugas dan sepatutnya mereka cuba memahami lapangan tugas masing-masing. 

Tonton video di bawah:

Baca: Akibat Berebut Parkir Di Bazar Ramadan Langkawi, Wanita Berang Hingga Bersikap Kurang Ajar

Baling Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.