Jijik! Itu perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tentang perangai seorang lelaki dari Las Vegas, Christopher Sena yang menjadikan lapan ahli keluarganya termasuk anjing peliharaan sebagai hamba seks.
Sena, 52 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 341 tahun atas segala perbuatan terkutuk yang dilakukannya terhadap ahli keluarganya termasuk merakam aktiviti seksual mereka.
Memetik Metro News, Sena melakukan perbuatan keji itu selama tempoh 12 tahun.
Sena menjadikan lelaki dan wanita sebagai hamba seksnya termasuk, ibu, ibu tiri, isteri, bekas isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut merakam perbuatan terkutuknya itu.
Hakim, William Kephart memberitahu mahkamah yang hukuman tersebut setimpal dengan perbuatannya yang pentingkan diri dan tak masuk akal.
Saya malu dengan perbuatan tersebut dan (tertuduh) perlu keluar dari bandar yang saya cintai ini.”-William
Bekas-bekas isteri bersekongkol dengan perbuatan keji Sena?
Kes tersebut terbongkar pada September 2014 lepas treler milik Sena di serbu pasukan SWAT di Pangkalan Udara Nellis.
Malah dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa turut berjaya merampas rakaman video seksual miliknya.
Sena turut disabit dengan kesalahan 95 jenayah seksual.
Manakala bekas-bekas isterinya iaitu Deborah Sena, 53 dan Terrie Sena, 48, dijatuhi hukuman mati atas dakwaan bersekongkol dengan perbuatan terkutuk Christopher.
Bagaimanapun, mahkamah kurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup selepas rayuan dibuat oleh kedua-dua tertuduh.
Perangai iblis!