in

Lelaki Didakwa Tumbuk Doktor Lepas Diberitahu Mak Meninggal Sebab Covid-19

Collage 41

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang baru-baru ini telah melaporkan dua insiden ganas berhubung pesakit Covid-19 yang berlaku di hospital tersebut.

Malaysiakini melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli mengesahkan yang seorang anak lelaki pesakit Covid-19 didakwa telah menumbuk seorang doktor pada 6 Jun lalu.

Dikatakan, doktor bertugas tersebut telah ditumbuk di lif lobi hospital tersebut selepas mendapat berita tentang kematian ibunya di hospital.

Shamsul berkata, suspek bertindak sedemikian kerana marah selepas berlaku salah faham tentang keadaan kesihatan ibunya sebelum meninggal.

689981

Ketika dimasukkan ke dalam hospital, si mati telah dirawat sebagai pesakit biasa kerana tak menunjukkan apa-apa simptom Covid-19.”

Tiga hari kemudian, di hospital yang sama, seorang pesakit Covid-19 dikatakan telah menikam seorang pesakit lain dengan pisau.

Dikatakan, suspek telah menggunakan pisau pemotong buah dan menikam mangsa di perut ketika berada di dalam wad Covid-19.

Mangsa kemudiannya terus dibedah selepas serangan tersebut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Shamsul mengatakan, suspek berusia 37 tahun ini disyaki mengalami masalah mental dan telah pun dibawa ke Hospital Sungai Buloh dua hari selepas insiden tersebut.

Bagaimanapun, The Star memberitahu bahawa suspek dikatakan tak ada rekod pernah bertindak ganas atau pun mempunyai masalah mental.

Pihak pengurusan HTAR telah pun membuat laporan polis berhubung kedua-dua kejadian ini dan menurut Shamsul kes pertama akan disiasat atas tuduhan mencederakan dan kes kedua, mencederakan dengan senjata.

 

Baca: “Lebih 50,000 kes dari April hingga Jun” – Jumlah Pesakit Covid-19 Kategori 4 & 5 Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan

Screenshot 2021 06 16 At 12.54.01 Pm

Sumber: Sinar Harian