in

Lelaki Didakwa Keras Kepala, Tak Berganjak Walaupun Sudah Ditegur Bawa Anjing Masuk Premis Makanan

keras kepala bawa anjing masuk premis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kita sedia maklum, pasar raya dan majoriti premis makanan adalah kawasan no pets allowed (binatang peliharaan tidak dibenarkan) kecuali dibenarkan oleh pemilik premis.

Tular sebuah video di media sosial, seorang pelanggan lelaki yang dilihat membawa seekor anjing peliharaannya ke dalam sebuah kedai serbaneka.


Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @Shafiz2994, lelaki terbabit telah ditegur pengawal keselamatan namun dia dilihat tidak mengendahkan teguran tersebut walaupun turut dipandang pelanggan lain di situ.

Artikel berkaitan: Wanita Berang Anjing Peliharaan Tak Dibenar Bawa Masuk, Netizen Puji Cara Staf Kawal Situasi

Artikel berkaitan: [Video] “Melampau betul!” – Wanita ‘Kurang Ajar’, Berani Bawa Masuk Anjing Dalam Masjid

“Hello, maafkan saya bos. Ini (anjing) tak boleh bawa masuk sini bos. Ada (terima) aduan dekat sini.

“Tak ada bos, sini tak boleh,” kata petugas itu dengan nada sopan untuk meminta individu terbabit berada dari premis makanan itu.

@shafiz2994

Tindakan seorang pemilik perumahan di kawasan kota Emerald Membawa anjing peliharaannya Bersiar-siar di dalam kawasan kedai seberaneka CU MART KOTA EMERALD RAWANG tindakan pemilik tersebut menyebab tiada common sense terhadap pelanggan beragam islam yang sedang menikmati makan dalam premis tersebut.saya berharap pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakkan selanjutnya@Pdrm Malaysia @BuletinTV3 @Berita RTM @berita -harian@rawang.selangor @edisisiasat935 fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – SHAFIZ2994 – SHAFIZ2994

Dia turut menjelaskan bahawa anjing peliharaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya ia bertindak agresif dengan menggigit.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak berganjak malah turut menghalau pekerja tersebut supaya beredar dan tidak mengganggu urusannya.

Menurut Shafiz, hantaran itu dikongsikan dengan harapan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit bagi menghormati budaya masyarakat setempat dan sensitiviti pelanggan beragama Islam.

“Tindakan pemilik anjing tersebut menunjukkan tiada common sense terhadap pelanggan beragama Islam yang sedang menikmati makanan dalam premis tersebut.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakan selanjutnya,” tulisnya.

Screenshot 2024 07 22 171705

Rata-rata netizen yang melihat video itu turut mengecam tindakan lelaki berkenaan yang bersifat pentingkan diri dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Difahamkan, laporan polis juga sudah dibuat terhadap lelaki berkenaan susulan daripada tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.