in

Lelaki Beronani dan Pancut Air Mani Belakang Badan Wanita Dalam Kedai Buku di Solaris Dutamas

Onani Solaris
Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Beronani dan Pancut Air Mani Belakang Badan Wanita Dalam Kedai Buku di Solaris Dutamas
Loading
/

Kepada semua wanita di luar sana, berhati-hati kerana anda boleh didekati lelaki miang tidak kira masa dan di mana-mana termasuklah di dalam kedai buku!

Seorang wanita berusia 40 tahun dikatakan sedang duduk di sebuah kedai buku ketika seorang lelaki miang melakukan onani dan memancutkan air mani di belakang badannya! Kejadian berlaku di sebuah kedai buku popular di Solaris Dutamas pada 16 Julai lalu.

Onani Solaris1
sumber: youtube

Menurut World of Buzz, wanita itu sedang duduk di ruang membaca kanak-kanak sementara menunggu suaminya menyelesaikan urusan di pusat beli belah tersebut. Pada ketika itulah lelaki miang tersebut tergoda dan ghairah melihatnya sebelum membuat keputusan untuk ‘memuaskan’ dirinya di situ juga.

Melalui rakaman CCTV, lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam itu dilihat berdiri di belakang wanita tersebut yang sedang khusyuk membaca buku. Melihat mangsa tidak peka dengan keadaan sekelilingnya, lelaki miang itu mula beronani sambil menggunakan buku untuk menutup perbuatannya itu. Dia kemudian memancutkan air maninya di belakang badan wanita tersebut sebelum berlalu pergi.

Keseluruhan proses itu mengambil masa kurang daripada 15 saat. Tonton rakaman video di bawah ini:

Mangsa kemudian merasakan bahagian belakang badannya basah dan selepas diperiksa, wanita itu terkejut apabila mendapat tahu apa sebenarnya yang terdapat di bajunya. Dia kemudian segera menghubungi suaminya dan memberitahu apa yang berlaku.

Suaminya yang berusia 38 tahun dan juga seorang peguam yang mempunyai pangkat Dato’, membuat keputusan untuk membuka mulut berkenaan insiden yang berlaku kepada isterinya bagi memberi peringatan kepada orang awam.

“Dia panik dan menangis, kerana tidak menyangka ada orang akan lakukan perkara sebegitu di ruang membaca kanak-kanak di kedai buku!” kata suaminya.

“Saya mempunyai seorang anak dan saya tidak mahu insiden sebegitu berlaku kepadanya atau sesiapa yang lain,” tambahnya lagi.

Onani Solaris2
sumber: youtube

Selepas memperoleh rakaman CCTV daripada kedai buku tersebut, dia bergegas ke bahagian keselamatan pusat beli belah tersebut dengan harapan dapat mencari lelaki itu. Waalupun sudah melihat semua sudut CCTV dia pusat beli belah berkenaan, mereka gagal menjumpai lelaki tersebut.

Meskipun mangsa sudah pulih dari trauma kerana pengalaman pahitnya itu, namun ianya tetap satu mimpi ngeri bagi keluarga tersebut yang tidak akan dilupakan.

Diharap mamat tu kena tangkap secepat mungkin. Kalau tak mesti ramai lagi akan jadi mangsa dia, ishhh!

Baca: Lelaki Onani dan Pancut Air Mani Ke Badan Wanita Dalam Lif Apartmen di Bandar Tasik Selatan

Page 21