in

Lelaki Berusia 70 Tahun Ditahan Gara-gara Melakukan Seks Dengan 4 Budak Lelaki Ketika Bercuti

Cats 6

Kebiasaannya apabila seseorang sudah melangkaui usia warga emas, mereka akan meluangkan masa mereka dengan berehat dan beriadah. Yelah dah tua, berehat jelah kan? Namun bagi seorang lelaki warga emas ini, dia lebih rela meluangkan saki baki hidupnya dengan melakukan perbuatan terkutuk. Haih apa nak jadi!

Menurut NST, seorang lelaki dari Itali telah pun dikenakan hukuman penjara selepas melakukan seks bersama empat budak lelaki bawah umur, berusia antara 16 dan 17 tahun.

Bruno Gallo, 70 tahun yang menetap di Lombok selama 20 tahun telah dituduh mengumpan budak-budak tersebut dengan duit dan hadiah sebagai balasan atas habuan seks yang mereka berikan.

Lombok Pic1
gambar hiasan

Walaupun hubungan seks sesama jantina diterima di sebahagian wilayah di Indonesia, namun ia diharamkan sama sekali jika mangsa masih berada di bawah umur.

“Dia dikenakan hukuman penjara selama lima tahun kerana ia membabitkan budak bawah umur. Apa yang dia lakukan telah melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak,” ujar Didiek Jamiko, jurucakap Mahkamah Daerah Mataram.

6999
gambar hiasan

Pertuduhan itu dibidas peguam Gallo, Denny Nur Indra atas alasan bahawa Gallo tidak mengetahui bahawa kelakuannya itu melanggar undang-undang negara tersebut.

Dia mengaku yang dia ada masalah gangguan seksual di mana dia sukakan budak yang sejantina dengannya. Tetapi gangguannya itu boleh dirawat.”

Lombok dan beberapa pulau lain di Indonesia termasuk Bali mempunyai perlindungan yang ketat bagi kes pedofilia dan seks.

1 1
gambar hiasan

Gallo diperintahkan untuk membayar denda sebanyak 100 juta rupiah (RM 31,675) atau menjalankan hukuman penjara selama 3 bulan.

Tulah pakcik. Tak pasal-pasal kena hukuman. Orang sepatutnya kalau dah tua macam tu, berehat. Ini boleh pula buat perkara terkutuk dengan budak bawah umur. Dah tak ada aktiviti menarik ke kat Lombok tu? Hmm… 

Baca: Nenek 80 Tahun Paksa Remaja 13 Tahun Melakukan Seks Setiap Kali Ketiadaan Suami

Capture 11