in

Lelaki Berstatus OKU Disimbah Air Panas Oleh Jiran Ketika Dalam Lif Sehingga Melecur Di Badan

Air Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita telah menyimbah air panas kepada seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang juga jirannya ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas.

Memetik laporan Buletin TV3, lelaki tersebut merupakan OKU Sindrom Down namun difahamkan menurut polis, mangsa boleh bercakap dengan baik.


Difahamkan, kejadian berlaku sejurus selepas mangsa masuk ke dalam lif kerana mangsa pada ketika itu mahu pulang ke rumahnya yang berada di tingkat 16 bangunan tersebut.

Kejadian mangsa disimbah dengan air panas itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) lif terbabit dan ketika kejadian, hanya mangsa dan wanita itu sahaja yang ada di dalam lif itu.

Artikel Berkaitan: Kes Viral di Indonesia: Wanita Hantar Sate Beracun Dekat Ex BF, Tapi Anak ‘Food Rider’ Yang Makan & Maut

Artikel Berkaitan: “Siap keluar kata- kata kesat” – Lelaki Simbah Air Panas Dekat Penguat Kuasa Sebab Bengang Kedai Makan Isteri Dikompaun 

Difahamkan juga, mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan sehingga melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat kejadian tersebut.

Kini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dirawat di Hospital Pulau Pinang.

2 5

Video kejadian tersebut juga telah tular di media sosial.

Laporan polis telah dibuat oleh adik mangsa tersebut di Balai Polis Bayan Lepas.

Setakat ini, wanita tersebut telah ditahan polis, lapor Kosmo.

Walau bagaimanapun, motif kejadian masih lagi disiasat kerana siasatan awal polis mendapati tidak pernah berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek wanita itu.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.