in

Lelaki Bengang Koleksi Barangan Lucahnya Dimusnahkan, Nekad Saman Ibu Bapa Sendiri

Untitled Collage 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bengang koleksi barangan lucah peribadinya dimusnahkan, seorang lelaki nekad mengheret kedua orang tuanya ke mahkamah dan menyaman mereka.


Lebih teruk, lelaki tersebut yang dikenali sebagai David Werking turut memenangi kes tersebut dan kedua-dua ibu bapanya telah diperintah membayar pampasan sebagai ganti rugi.

Memetik laporan Metro UK, pada 2017 Werking yang sebelum itu menetap di Indiana — dibenarkan untuk kembali tinggal bersama di kediaman ibu bapanya di Michigan.

Namun sekembalinya ke Michigan, Werking mendapati ibu bapanya telah membuang koleksi barangan lucahnya. Kerana terlalu bengang, Werking bertindak memfailkan saman pada 2018.

Dia turut melaporkan kejadian tersebut ke pejabat sherif, sambil membawa bersama senarai koleksi DVD dan video tape yang telah dilupuskan bapanya.

Kedua-dua orang tua malang itu kini diberi tempoh sehingga Februari tahun hadapan untuk mencapai kata persetujuan, berhubung jumlah ganti rugi yang akan dibayar kepada anak tak kenang budi mereka.

 

Baca: “Dah lah menganggur” – Peguam Saman Ibu Bapa Hanya Sebab Duit Poket Yang Diberi Semakin Berkurang

Untitled Collage 93 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.