in

“Lejen betul ni!” – Man Bai Buat ‘Surprise’ Dendangkan Lagu Buat Gadis Sambut Hari Lahir

man bai 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu…” 

Siapa sahaja yang tak kenal dengan lagu ‘lejen’ Kau Ilhamku nyanyian Man Bai, walaupun lagu tersebut dilancarkan pada tahun 1995, namun ia tetap menjadi siulan ramai sehingga ke hari ini.


Sebuah video telah tular di laman TikTok yang memaparkan seorang gadis telah dapat sebuah hadiah hari jadi yang paling bermakna apabila dikejutkan dengan nyanyian daripada seorang lagenda muzik tanah air.

@lifeasfarahh

This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky ? #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Just Farah – Mochii

Pengguna TikTok @frh_aqlh itu berkongsi detik manis tersebut dan menceritakan perkara itu berlaku secara kebetulan dan sangat tiba-tiba.

“Saya sedang meraikan hari jadi kawan saya kemudian tiba-tiba pakcik di sebelah kami menawarkan diri untuk menyanyi. Beliau adalah Man Bai!

Terima kasih pakcik Man Bai. Kami sangat bertuah!” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Fuh lejen ni!” 

Walaupun video tersebut mempunyai durasi yang pendek namun ia masih membuatkan ramai netizen terpesona dengan kelunakkan suara Man Bai, malah ramai juga yang mengatakan kedua-dua gadis itu bertuah kerana dapat bertemu dengan sosok itu.

cats 32

Untungnya, suara masih on point ya! 

Baca: [VIDEO] Buat ‘Surprise Birthday’ Isteri, Suami Letak Duit Merata Dalam Rumah Macam ‘Treasure Hunt’

Suami Sorok Duit Untuk Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.