Ramadan ini dicemari dengan serangan udara dari Israel yang menggempur Gaza pada Selasa, yang mana mengorbankan lebih daripada 400 orang penduduk, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Serangan ini mengakhiri tempoh beberapa minggu ketenangan relatif selepas rundingan untuk mencapai gencatan senjata kekal terhenti.
Dalam pada itu, Israel dan kumpulan pejuang Palestin Hamas, saling menuduh antara satu sama lain melanggar gencatan senjata yang secara umumnya bertahan sejak Januari lalu.
Artikel berkaitan: “Sumbangan ini menyelamatkan nyawa” – Rakyat Palestin Ucap Terima Kasih Kepada Fattah Amin
Artikel berkaitan: Wanita Palestin Mengamuk Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza
Serang Gaza untuk pastikan pembebasan tebusan yang masih ditahan Hamas
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mempertahankan keputusannya untuk meneruskan serangan udara di Gaza.
Menerusi mesej yang disiarkan di televisyen, Netanyahu menyatakan tekanan ketenteraan terhadap Hamas adalah ‘sangat kritikal’ bagi memastikan pembebasan tebusan yang masih ditahan.
Selama berminggu-minggu kami telah berusaha tanpa henti untuk mencapai satu matlamat iaitu memastikan setiap usaha dilakukan bagi membawa pulang tebusan kita.
“Kami telah memanjangkan gencatan senjata selama berminggu-minggu, tetapi tiada seorang pun tebusan dikembalikan.
“Saya telah berjanji berkali-kali, jika Hamas terus berdegil dan tidak membebaskan tebusan kita, kita akan kembali berperang. Dan kini, kita telah kembali berperang, kita telah kembali berperang dengan kekuatan,” katanya.
Setakat ini, Hamas masih menahan 59 daripada kira-kira 250 tebusan serta menuduh Israel menggagalkan usaha perantara untuk merundingkan perjanjian kekal bagi menamatkan konflik.
Namun kumpulan itu tidak mengeluarkan sebarang ancaman balas.
Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan serangan ke atas Hamas kerana menolak cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata dan berjanji akan meningkatkan tindakan ketenteraan.
Serangan udara tersebut telah menyasarkan rumah dan kem pelarian dari utara ke selatan Gaza, dan kereta kebal Israel juga menembak dari sempadan, menurut saksi.
Al fatihah dan semoga syahidlah buat yang terkorban…
Sumber: Astro AWANI (1), (2)