Ramai peniaga mengeluh bila Perdana Menteri umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru-baru ini, malah semalam PKP 2.0 diumum akan berkuatkuasa ke seluruh negara bermula 22 Januari kecuali negeri Sarawak.
Namun ini hakikat yang kita harus terima bagi sama-sama melawan Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan.
Susulan itu, Lazada Malaysia kembali dengan Pakej Rangsangan PKS yang dipanggil Pakej Kedai Pintar 2.0 dengan suntikan dana lebih 4 kali ganda berbanding tahun lalu.
Pakej bernilai RM44 Juta ini dijangka mampu untuk membantu lebih 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (pks) untuk mengharungi tempoh PKP ini.
Mereka boleh mendaftar mulai hari ini hingga 28 Februari di http://lzd.co/SellOnLazadaMY
Apa kelebihan yang mereka peroleh jika mengambil bahagian dalam pakej rangsangan ini?
Mereka akan menikmati kadar komisen 0%, pengecualian yuran transaksi, bantuan pembangunan kedai selama 90 hari, kursus latihan dalam talian Lazada University, subsidi kredit pengiklanan untuk Sponsored Search, slot pendedahan produk percuma di dalam Lazada Flash Sale dan banyak lagi.”
Malah dengan Pakej Kedai Pintar 2.0 ini, pks tempatan yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman dalam eDagang juga mampu untuk mempelbagaikan aliran pendapatan mereka tanpa perlu menanggung sebarang kos tambahan.
Dengan lebih satu pertiga daripada rakyat Malaysia membeli-belah menggunakan aplikasi Lazada setiap bulan, kami boleh memanfaatkan pangkalan pelanggan mantap kami untuk membantu PKS tempatan kekal mampan. Pada masa yang sama, ia menolong PKS untuk mengekalkan kestabilan pekerjaan untuk kakitangan mereka.”- Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.
Apa lagi korang, apply cepat-cepat!