Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba lebih kurang dalam masa 2 minggu, para posmen sekarang mesti tak menang tangan kan nak menghantar pesanan pelanggan yang order baju raya lah, tudung raya lah dan macam-macam lagi.
Kegigihan abang posmen ni sentiasa buat kita rasa sedih bila tengok dorang masih hantar barang pesanan walaupun dah tiba waktu berbuka.
Korang juga pasti akan merasa lebih sebak lagi bila dapat tahu rupanya gaji posmen ciput sangat. Terlalu ciput sampaikan dah kerja 22 tahun pun… gaji masih belum capai RM2,000! Aduhai!
“Apa yang saya sedih apabila syarikat yang besar dan ternama melayan kakitangan seolah-olah macam pekerja BANGLA!”
Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang netizen berkongsi kisahnya semasa bersembang dengan seorang posmen baru-baru ni. Menurutnya, dia sedih sangat bila dapat tahu gaji pekerja Pos Malaysia ni rupanya tak sampai RM2,000 walaupun dah kerja sejak 1997 dulu!
“Dengar cerita setiap tahun BONUS semakin menurun… tahun ni tahun paling mencabar sebab POS MALAYSUA kerugian berjuta ringgit”
“Tak masuk akal. Dengan pengalaman 22 tahun, gaji pokoknya masih RM1,800. Kasi up la banyak lagi”
Netizen yang membaca posting ni bagai tak percaya dengan apa yang dialami oleh abang-abang posmen seMalaysia.
Ia sesuatu yang sangat menyedihkan sebab dorang ni bagi min dah bekerja sangat keras. Jadi tak berbaloi lah gaji banyak tu je kan. Entah berapa kenaikan gaji dorang dapat per year agaknya ye.
Marilah kita sama-sama doakan semoga pihak atasan meneliti masalah yang dihadapi posmen ini. Kesian pulak min dengar, gaji ciput sangat tu.