in

“Last tayangan 26/11 ni”- Lepas 18 Tahun Beroperasi, GSC Berjaya Times Square Akan Ditutup Sepenuhnya 27 November Ini

f4 gsc berjaya times square ditutup sepenuhnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita sedih untuk anda yang gemar menonton wayang di pusat beli belah Berjaya Times Square kerana Golden Screen Cinemas di pusat beli belah itu akan berhenti beroperasi sepenuhnya pada 27 November ini.

Pihak GSC telah berkongsikan berita sedih berkenaan menerusi Facebook mereka semalam dan ia telah menyebabkan ramai warganet terutamanya yang gemar lepak di Times Square sedih dengan penutupan premis itu pada hujung bulan ini.


7 1 1

Artikel Berkaitan: 6 Filem Korea Terbaharu 2023 Yang Patut Kaki Wayang Tengok

Artikel Berkaitan: Dakwa Ada Spycam Dalam Toilet GSC, Rupanya Cuma Lubang Skru

Dalam kenyataan tersebut, pihak GSC menjelaskan bahawa tayangan terakhir di Berjaya Times Square adalah pada tarikh 26 November ini dan pada 27 November, GSC Berjaya Times Square akan ditutup buat selama-lamanya lepas 18 tahun beroperasi sejak 27 Januari 2005.

8 1 2

Pihak GSC juga mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan oleh penonton filem kepada GSC Berjaya Times Square selama ini.

Mereka juga menjemput peminat filem untuk datang menonton filem-filem terbaru di GSC berdekatan iaitu di GSC Lalaport BBCC yang hanya terletak beberapa ratus meter dari Berjaya Times Square yang terletak di Imbi.

Kalau korang nak ke GSC Lalaport BBCC dari Berjaya Times Square ni, korang boleh naik monorel je tau sebab satu stesen je. 

Namun, dalam masa yang sama, GSC juga mengumumkan bahawa mereka akan membuka cawangan baru di pusat beli belah Exchange TRX, KL East Mall dan 163 Retail Park.

Sumber: Facebook GSC 

Sumber: Low Yat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.