Kita banyak dengar cerita tak elok tentang cinta bertepuk sebelah tangan ni. Dah jadi lumrah, tak semua orang yang kita suka akan sukakan kita balik, so the best way adalah untuk terima hakikat dan move on.
Tapi ada segelintir orang, dorang ada matlamat “kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh”. Macam lelaki dari negara jiran ini, dia ditangkap oleh pihak polis gara-gara cemburu wanita yang dia suka bakal dilamar oleh lelaki lain.
Menurut Sosok, pihak polis menjelaskan yang lelaki ini telah mencabul wanita tersebut sehari sebelum wanita itu dilamar kekasihnya.
Mangsa bakal dipinang oleh kekasihnya. Namun, suspek yang dah lama menaruh hati pada mangsa ni tak sanggup tengok dia dilamar orang lain.”
Dikatakan, malam sebelum mangsa bakal dilamar, lelaki tersebut nekad untuk masuk ke dalam bilik wanita tersebut.
Kebetulan, pintu rumah mangsa tak berkunci. Melihat peluang yang datang bergolek ini, suspek tanpa melengahkan masa terus masuk ke rumah mangsa untuk melempiaskan nafsunya.
Selepas kejadian tersebut, wanita malang ini terus menceritakan apa yang berlaku pada keluarganya sebelum melaporkan perkara ini kepada pihak polis.
Lelaki tersebut telah ditahan dan kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Sekiranya sabit kesalahan, lelaki ini boleh dikenakan hukuman sekurang-kurangnya 9 tahun penjara.
Susah kalau dah terlalu obses, kadang-kadang dah cakap elok-elok pun still buat tak faham.