in

Lapan Bulan Terpaksa ‘Hidup’ Dalam Kereta, Ustaz Ebit Lew Tolong S Ganesh & Keluarga Sewakan Rumah

Ft Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral tentang sebuah keluarga yang terpaksa menjadikan kereta sebagai rumah mereka sejak 8 bulan lepas. Menurut Harian Metro, S Ganesh, 34, dan isterinya, Parameswari, 32, dan 3 orang anak mereka kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Lebuh Carnavon, Georgetown terbakar pada 6 April lepas.

Ketika itu, Parameswari sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga dan mereka pernah berlapar kerana sudah tidak mempunyai wang serta makanan.


Bukan itu saja, ketika terputus bekalan makanan selama 2 hari, bayi mereka terpaksa diberi minum kopi dan dua lagi anak hanya dapat makan kepingan biskut untuk mengalas perut. Disebabkan terpaksa tinggal di dalam kereta, mereka menjadikan tandas awam di beberapa lokasi berbeza untuk membersihkan diri dan mendapatkan sumber air.

Sehinggalah dua minggu kemudian, saya melahirkan anak ketiga, Kirthana dan menjalani proses berpantang di dalam kereta. Kirthana yang kini berusia lapan bulan diberi susu badan namun pernah saya terpaksa beri dia minum air suam dan air kopi kerana tidak sanggup melihat dia kelaparan.”

Rumah1 1

Mi segera dan kuih berasaskan tepung menjadi makanan harian mereka, dimasak menggunakan dapur kecil. Ganesh bekerja sebagai pengawal keselamatan dan hanya mendapat RM1,200 sebulan yang akan digunakan untuk membeli lampin, isi minyak dan baiki kerosakan kereta tersebut.

Hendak menyewa rumah tetapi ia memerlukan pembayaran deposit yang tinggi dan kami tiada wang sebanyak itu. Kami sudah dua kali memohon menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun masih tiada jawapan daripada kerajaan negeri.”

Saya mempunyai tiga beradik namun tidak mahu menyusahkan mereka kerana saya faham mereka juga bergelut dengan kesempitan hidup pada masa ini.”

Rumah3

 

Ebit Lew bayarkan rumah sewa!

Kisah itu mendapat perhatian pendakwah terkenal negara, Ebit Lew yang sememangnya dikenali dengan kerja-kerja amal. Menurut Malaysiakini, Ebit Lew membiayai sewa rumah kepada S Ganesh dan keluarganya itu sementara mereka dapat rumah di PPRT.

Rumah7

Sedihnya rasa, saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta.”

Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT. Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar.”

Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.”

Selain rumah sewa, beliau turut hadiahkan peralatan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk dan macam-macam lagi untuk keluarga itu.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3837108872985996

Baca: “Tak mimpi dapat begini” – Penjual Kuih OKU Menangis Kuat Saat Ustaz Ebit Liew Sumbang Gerai Bergerak

Ustaz Ebit Liew

Sumber: The Star
Sumber: NST
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.