Seperti yang kita semua tahu, bila tinggal seminggu sahaja lagi dari tempoh berakhirnya PKPP pada 31 Ogos nanti, pengumuman khas Perdana Menteri adalah antara berita yang sangat dinanti-nantikan rakyat semua.
Dengan kes COVID 19 yang tiada tanda menurun ke angka 0 dan jumlah kluster yang kian bertambah, persoalannya sekarang adakah PKPP bakal ditamatkan atau diteruskan ke suatu tempoh lagi?
Menurut Astro AWANI, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Terpulang Perdana Menteri untuk mengumumkan dalam masa terdekat”
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes.
Tambahnya lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan pandemik COVID-19 ini akan berterusan untuk tempoh 2 tahun. Uish lamanya!
“Berkaitan PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos yang diumumkan (sebelum ini), pihak KKM telah membuat saranan kepada MKN dan juga Perdana Menteri supaya PKPP dipertimbangkan untuk dilaksanakan (dilanjutkan) sehingga keadaan lebih terkawal.
“Jadi terpulang Yang Berhormat (Perdana Menteri) untuk mengumumkannya dalam masa terdekat. Kita lihat di negara lain juga masih bergelut (dengan pandemik) dan kes meningkat. Kes import di negara tertentu juga bertambah,” katanya.
“Setuju lanjutkan!” – Netizen
Menerusi komen di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, rata-rata netizen mahu PKPP dilanjutkan. Namun yang paling penting, masing-masing haruslah mengikut SOP yang ditetapkan.
Sama-sama kita nantikan pengumuman PM nanti.
Baca: Kajian Terbaharu Dedahkan COVID-19 Boleh Merebak Dalam 3 Cara Ini