Baru-baru ini kemarahan netizen membuak-buak apabila video seorang lelaki Orang Kelainan Updaya (OKU) dibelasah beramai-ramai oleh orang kampung.
Lebih teruk lagi, sampai wujud skeptikal kenegerian. Tapi memandangkan isu ini dah menular, muncul cerita disebalik indsiden ini.
Langgar orang dengan sengaja
Siapa yang OKU ni? Kelantan. pic.twitter.com/kfRbwimqif
— RebelRabak (@RebelRabak) April 27, 2019
Tak dinafikan warga OKU ini memang lemah, dan sekali pandang memang nampak kesian dengan nasib yang menimpa pada ‘lelaki malang’ ni.
Tapi dikhabarkan bahawa, lelaki OKU tersebut memandu masa tengah mabuk, dan dia langgar orang dengan sengaja menggunakan kenderaan jenis Triton.
Malah ada pihak yang mengkhabarkan bahawa lelaki tersebut pernah melanggar orang sampai maut!
Tambah lagi, menurut individu ini, lelaki OKU itu lepas langgar ada cuba nak bunuh orang guna parang, itu sebab dia diserbu oleh orang kampung dan dipukul beramai-ramai.
“Cuba nak tetak orang dengan parang”
Hurmm, secara mata kasar memang tak dinafikan ia nampak kejam, tapi bila kita dah tahu cerita sebenar baru lah faham. Kejadian ini dikatakan berlaku di Kelantan, dan lelaki OKU itu dikatakan memang seorang yang bermasalah, apa pun kita tunggu kata putus secara rasmi dulu.
Baca : “Luaran dipandang hina, dlm penuh sempurna” – Mamak Suap OKU Makan Buat Netizen Tersentuh