Tak dapat dinafikan setiap orang yang berjaya pasti ada kisah silam mereka yang tersendiri. Selalunya, mereka ini terpaksa menelan keperitan hidup kerana bukan lahir daripada keluarga yang senang.
Satu video perkongsian oleh @haim_hilman di TikTok yang dahulunya seorang Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan kini Ahli Dewan Undangan Rakyat di Kedah. Dia menceritakan kisah pengorbanan ibunya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup.
@haim_hilman Ketika ibu saya berusia 8 tahun, nenek saya meninggal dunia lalu ibu saya berhenti sekolah kerana ingin menjaga dua orang adiknya. Setiap pagi ibu saya akan berdiri di hadapan pintu rumah dan melambai kawan-kawannya yang sedang berjalan kaki ke sekolah. Kisah pengorbanan ibu saya inilah yang membuatkan saya tekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibu saya. Saya pasti ramai dikalangan kita mengalami situasi yang sama. Saya kisahkan kerana ingin memberi pengajaran kepada anak-anak kita agar belajar bersungguh-sungguh dan jangan pulang kepada kemiskinan dahulu. Cukuplah kita merasainya dengan penuh duka, janganlah anak-anak kita mewarisi apa yang kita lalui dahulu.
Mak berhenti sekolah masa umur 8 tahun
Dahulu, semasa arwah neneknya meninggal dunia, ibunya terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjaga dua orang adik. Datuknya pula pada ketika itu bekerja mengambil upah sebagai penebang pokok di hutan dan pulang lewat petang atau keesokan hari.
Setiap pagi, ibunya akan berdiri di hadapan pintu rumah sambil memegang beg sekolah namun disebabkan kemiskinan, ibunya hanya mampu melihat dan melambai kawan-kawan yang berjalan kaki untuk ke sekolah.
Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ibu!” – Wanita Berniaga Nasi Lemak RM1, Kuat Walaupun Sarat Mengandung
Artikel berkaitan: Ibu Cari Rezeki Di Negara Orang, Bertemu Kembali Dengan Anak Lepas 6 Tahun ‘Berpisah’
Mak impikan untuk jadi orang pandai
Dia teringat pesan ibu yang meminta dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita ibunya yang sudah lama terkubur.
Haim, belajarlah bersungguh-sungguh, nak. Semoga apa yang mak impikan dahulu untuk jadi orang pandai dan berjaya akan ada pada Haim. Mak tak pergi sekolah kerana kemiskinan.
Disebabkan pesanan itu, dia berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian ibunya suatu ketika dahulu.
Jangan kerana mak ayah kita kerja biasa, kita kata, “Inilah sebab saya biasa-biasa sahaja.” Tak boleh menyalahkan ibu bapa sebab kita yang jaga masa kita.
Cukuplah kita merasainya dengan penuh duka, janganlah anak-anak kita mewarisi apa yang kita lalui dahulu.
Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen turut menceritakan pengalaman yang hampir sama terpaksa mengorbankan impian mereka.
Sedih min dengar cerita ni..
Sumber: TikTok