Akibat penularan wabak covid-19, beberapa negara telah mengambil langkah lockdown sebagai jalan untuk dorang kawal virus ini dari terus merebak.
Disebabkan ini, ramai orang telah membuat pembelian panik untuk membeli barang-barang keperluan harian bagi meneruskan kehidupan semasa lockdown.
Dekat Malaysia je, banyak barang-barang macam makanan dalam tin, mi segera, hand sanitizer dan tisu tandas habis diborong. Namun bagi orang-orang dekat Amsterdam, lain pula cerita dia…
Untuk yang tak tahu, Belanda dikenali sebagai negara yang ‘menghalalkan’ penggunaan ganja, so, bila kerajaan dorang umum negara bakal dikenakan lockdown, ramai orang Belanda beratur panjang dekat luar kedai kopi untuk beli bekalan ganja mereka.
https://twitter.com/hausofIau/status/1239239961288851456?s=20
Disebabkan kedai-kedai kopi menjual ganja ini akan ditutup semasa perintah lockdown, orang-orang Belanda telah berpusu-pusu beratur bagi memastikan bekalan ganja cukup sepanjang dorang diarahkan untuk duduk dalam rumah.
Mungkin kitaorang tak akan dapat ganja selama lebih dua bulan, so baiklah beli sikit untuk simpan dekat rumah.”
Kerajaan Belanda telah memberikan arahan lockdown ke atas negara ini sehingga 6 April 2020.