Siapa tak takut kalau tiba-tiba dengar bunyi ‘pelik’ waktu malam? Nanti mula la fikir bukan-bukan.
Tapi siapa sangka, mesin basuh yang selama ini korang guna untuk basuh baju boleh takutkan orang? Aik, macam mana tu?
Bunyi macam langsuir
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Erra Nik Yahya, dia memberi gambaran yang mesin basuh di rumahnya dikatakan membuat bunyi seakan-akan langsuir. Weh, biar betul? Lain macam betul dia punya mesin basuh.
https://www.tiktok.com/@erra_nikyahya/video/6966791912573521154?_d=secCgYIASAHKAESMgow%2BHLRU%2F5qOmQOk1Xxxv3upASmwCuOk6XQlJq8UYnvU%2FwCYqWpFQa9%2BQswGOq7rngFGgA%3D&language=en&mid=6966791795963448065&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6966791912573521154&source=h5_t×tamp=1623590134&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Bercerita kepada mStar, wanita bernama Nik Hasmira Nik Yahya yang berumur 34 tahun ini berkata mesin basuh tersebut dibeli oleh suaminya ketika awal perkahwinan mereka iaitu kira-kira lapan tahun lepas. Tahan lama juga ye mesin basuh diorang tu.
“Cuma sekarang kalau guna mesin itu dia akan keluarkan bunyi macam langsuir menangis.”
Taknak takutkan jiran
Lebih mesra disapa Erra, wanita ini cuba untuk elakkan basuh baju menggunakan mesin tersebut pada waktu malam sebab tak mahu takutkan jiran-jiran terdekat.
“Saya memang tak akan basuh kain malam-malam sebab pernah terdengar jiran cakap takut sangat dengar macam bunyi hantu.”
Dalam video itu juga, dia membuat caption yang suaminya bakal belikan mesin basuh baru kalau video tersebut dapat lebih 5 ribu views. Pada awalnya, dia cakap dia saja-saja buat caption macam itu dan tak sangka yang petang itu juga suaminya terus belikan mesin basuh yang baru.
“Saya saje je buat caption macam tu, tak sangka pula petang itu suami bawa balik mesin baru sebab dia follow juga Tiktok saya.”
Walaupun sudah ada mesin baru, mesin basuh yang lama itu dia tetap simpan sebab ada nilai sentimental tersendiri buat mereka.
Alhamdulillah rezeki dapat mesin basuh baru. Tenang la sikit akak ni nak basih baju lepas ni. Takde dah dengar bunyi ‘langsuir’.
Sumber: mStar, Erra Nik Yahya