Rupa-rupanya kedai makanan laut yang ditularkan oleh isteri kepada Mawi iaitu Ekin, adalah milik ibu saudara kepada pelakon Linda Hashim.
Terpanggil dengan isu tersebut, Linda Hashim tampil memberi respon untuk membidas tindakan Ekin yang tularkan tanpa membuat sebarang perbincangan.
Artikel Berkaitan : “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood
Artikel Berkaitan : Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan Di Gerai Lebih RM1,000, Kementerian Bakal Jalankan Siasatan
Dalam pada itu, Linda Hashim juga turut mempersoal dan mempertikaikan kenyataan Ekin yang mengatakan bahawa dia tidak mahu menjatuhkan perniagaan orang.
View this post on Instagram
“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi siap buat live tu. Kesian peniaga sekarang. Naik harga sahaja kena kecam. Ingatkan artis sahaja selalu kena kecam.”
Dalam pada itu, Linda menerusi Instagram miliknya juga menyatakan bahawa dia kesian dengan ibu saudaranya yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.
“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okey. Tak baik. Kesian makcik saya.”
Sebelum ini pemilik kedai makan seafood itu ada tampil memberikan respon kepada Ekin yang menularkan kedai makannya yang dikatakan caj harga yang tak masuk akal.
Sumber : Instagram