in

“Lah, ada cerita disebaliknya ke?” -Rupanya Ini Sebab Kenapa Ada Negara Memandu Di Sebelah Kanan

Pemanduan Sebelah Kiri Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat kira-kira 65% daripada pemandu di dunia ini memandu di sebelah kanan jalan, selebihnya sebelah kiri, seperti negara kita. Perkara ini pastinya menimbulkan tanda tanya, adakah negara-negara ini boleh memilih untuk memandu di sebelah kiri atau kanan?


Rupa-rupanya, pemanduan sebelah kiri atau kanan jalan ini ada kaitan dengan sejarah juga sebenarnya. Menurut perkongsian di Medium, negara-negara dengan pemanduan sebelah kiri ini adalah negara yang pernah dijajah oleh Inggeris (British).

Menariknya, ketetapan untuk memandu sebelah kiri ini muncul pada zaman pertengahan kira-kira dari abad ke-5 hingga abad ke-15 dan ia melibatkan keselamatan, keamanan dan mengelakkan diri daripada terbunuh.

Gambar Hiasan Zaman Pertengahan

Difahamkan, pada zaman tersebut, semua yang keluar membawa pedang akan berjalan di sebelah kiri secara tak langsung membuatkan tangan kanan (tangan bermain pedang) lebih dekat pada musuh dan memberikan jarak selamat daripada ia diambil musuh jika bertemu.

Selain itu, seekor kuda lebih mudah untuk ditunggang dari sebelah kiri untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Ini juga membolehkan kuda untuk ditunggang di sebelah kiri jalan dan tidak menggangu lalu lintas dan tidak membangkitkan kemarahan orang lain.

Macam Mana Boleh Ada Pemanduan Belah Kanan? 

Dipercayai perubahan ini berlaku sekitar tahun 1700-an dimana ketika itu para petani menggunakan gerabak besar yang ditarik oleh kuda untuk membawa hasil pertanian mereka. Biasanya kenderaan ini akan diiringi oleh seorang ‘pembantu’ yang akan menjaga bahagian kiri daripada terlanggar kenderaan lain ataupun orang yang lalu lalang. Jadi, untuk keselamatan, mereka membawa gerabak ini di bahagian kanan jalan.

Kuda Tarik Balak

Pada tahun 1752, Permaisuri Elizabeth dari Rusia secara rasmi menyatakan bahawa lalu lintas perlu berada di sebelah kanan, seperti kebiasaan negara pada masa itu. Amalan ini menjadi lebih meluas semasa Revolusi Perancis pada 1789.

“Peraturan rasmi untuk memandu sebelah kanan hanya diperkenalkan dan ditetapkan di Paris pada tahun 1794”

Menariknya, ada cerita di sebalik perubahan ini. Sebelum revolusi, golongan bangsawan menggunakan bahagian kiri jalan, secara tak langsung memaksa petani untuk ke kanan. Kemudian, golongan bangsawan mula menggunakan sebelah kanan jalan untuk bergaul dengan petani.

Selain Perancis, Denmark merupakan negara besar seterusnya yang mengikuti dan menggunakan peraturan pemanduan sebelah kanan pada tahun 1793. Pemanduan di sebelah kanan ini juga mula disebarkan selepas penaklukan Napoleon Bonaparte yang memaksa negara-negara jajahannya memandu di sebelah kanan. 

Napoleon Bonarparte

Hanya negara-negara yang berjaya menolak serangan Napoleon yang mengekalkan peraturan pemanduan sebelah kiri termasuklah United Kingdom atau ketika itu dikenali sebagai pihak Inggeris. Mereka menguatkuasakan undang-undang ini pada tahun 1835 seterusnya mewajibkan pemanduan sebelah kiri ke seluruh kawasan jajahan mereka.

Di Amerika, awalnya pemanduan adalah sebelah kiri kerana mereka merupakan jajahan Inggeris, sehinggalah berlakunya Revolusi Amerika dan ketika itu, orang Amerika memutuskan semua hubungan dengan Britain, mereka mula memandu di sebelah kanan.

Sebaliknya berlaku di Kanada, berlakunya perpecahan. Bahagian taklukan Perancis memandu di sebelah kanan, dan manakala kawasan jajahan Inggeris memandu di sebelah kiri. Hal ini berterusan sehingga 1920-an sebelum sebahagian besar Kanada bersetuju untuk memandu di bahagian kanan jalan.

Fakta menarik tentang pemanduan sebelah kiri

Timor Leste Traffic

Hanya ada tiga negara yang mengubah arah pemanduan daripada kanan ke kiri. Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor-Leste melakukan perubahan pada tahun 1975,wilayah Okinawa, Jepun, bertukar pada tahun 1978 kerana sebelum itu mereka ditadbir oleh Amerika setelah Perang Dunia Ke-2, dan Samoa pada tahun 2009, ini kerana mereka ingin mengimport kereta yang lebih murah dari negara-negara memandu sebelah kiri  seperti Australia, New Zealand, dan Jepun.

Jadi, kita di Malaysia memandu di sebelah kiri hari ini adalah kerana negara kita pernah dijajah oleh pihak British. Bukannya dibuat secara ‘suka-suka’.

Agak-agak susah tak kalau kita hari ini memandu sebelah kanan? 

Baca : Tak Boleh Memandu Pakai Selipar Atau Berkaki Ayam? Ini Penjelasan JPJ

Pakai Selipar Ketika Memandu

Sumber: UOMD
Sumber: News In 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.