in

Lagu Dimainkan 70 Juta Kali Di AS, Yuna Dedah Pernah Kena ‘Reject’ Syarikat Rakaman Tempatan

Yuna Reject

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, Yuna antara penyanyi dan komposer yang banyak membanggakan Malaysia di persada dunia dalam arena muzik. Lagu-lagunya seperti Dan Sebenarnya serta Terukir Di Bintang seringkali menjadi siulan ramai sehingga ke hari ini dan telah menerima banyak anugerah.


Penyanyi kelahiran Kedah itu kemudiannya memulakan kerjayanya di Amerika Syarikat (AS) dan melebarkan sayapnya di situ malah, karyanya mendapat perhatian antarabangsa.

Lebih membanggakan, lagunya pernah menjadi soundtrack bagi filem animasi The Croods serta salah satu episod siri ternama Hollywood, Grey’s Anatomy.

Hari ini, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai mendapat perhatian sekali lagi apabila beliau berkongsi sebuah IG Story yang menyatakan sehingga kini lagunya telah dimainkan sebanyak 70 juta kali di Amerika Syarikat. Wow!

Yuna

Dalam IG Story itu, beliau turut menceritakan ketika usianya 21 tahun, beliau pernah menyatakan kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur yang beliau hanya akan menandatangani kontrak jika syarikat itu mempromosi lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.

Apa yang mengejutkan, wakil syarikat rakaman tempatan itu memandang rendah kepada bakatnya malah berkata, tidak akan ada sesiapa yang mahu mendengar lagu berbahasa Inggeris dari artis Melayu.

“Ramai yang akan musnahkan impian anda pada peringkat awal, anda tidak perlu mempedulikan mereka.” tulisnya dalam Ig Story yang lain.

Selain itu, penyanyi yang pernah berduet dnegan Usher itu juga menyatakan rasa syukurnya kerana beliau mempunyai sahabat dan keluarga di Malaysia yang sentiasa menyokongnya.

Bangga betul lah dengan Yuna! 

Baca: Peminat Teruja, Yuna Sekali Lagi Dipilih ‘Hiasi’ Bandar New York Buat Kali Kelima!

Untitled Design 2022 05 16T124352.832

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.