in

“Lagi Sedap Daripada Pisang Biasa” – Usahawan Kripto Cipta Kontroversi, Makan Pisang Viral Bernilai RM27 Juta

Pisang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan kripto terkenal, Justin Sun, mengejutkan orang ramai setelah memakan pisang yang digunakan untuk menghasilkan karya seni viral bertajuk Comedian ciptaan artis Itali, Maurizio Cattelan.

Menurut BBC, karya unik tersebut bernilai USD 6.2 (~RM27.9 juta) dan telah dibeli oleh Sun dalam lelongan di Sotheby’s, New York minggu lalu.


Sun memakan pisang tersebut di hadapan orang ramai dalam satu sidang media yang diadakan di Hong Kong.

“Pisang ini lebih sedap daripada pisang biasa. Memang bagus,” komennya.

Sun menganggap tindakan memakan pisang tersebut sebagai sebahagian daripada pengalaman seni yang unik.

“Saya menghormati tempat karya ini dalam sejarah seni dan budaya popular,” katanya.

Artikel berkaitan: Lain Daripada Yang Lain, Tukul Ini Direka Seperti Bentuk Buah Pisang

Artikel berkaitan: “Kami nak pergi Malaysia!” – Guru Ajar Murid Jepun Masak Pisang Goreng Raih Pujian Netizen

Pisang
Justin sun makan ‘pisang’ seni viral bernilai rm27 juta.

Dalam masa yang sama, Sun turut menyifatkan karya ini sebagai simbol fenomena budaya yang menggabungkan seni, meme dan komuniti kripto.

Difahamkan, karya seni Comedian pertama kali dipamerkan di Art Basel, Miami Beach pada 2019 dan mencetuskan perdebatan mengenai apa yang boleh dianggap sebagai seni.

Sebelum ini, karya tersebut pernah dimakan oleh seorang artis persembahan dan seorang pelajar Korea Selatan.

Namun, pembelian Sun disertai dengan sijil keaslian yang membenarkannya menggantikan pisang tersebut pada bila-bila masa. Dengan ini, Comedian boleh terus ‘hidup’ sebagai karya seni.

Bagi sesetengah orang, ini mungkin dilihat sebagai aksi mewah semata-mata, tetapi bagi yang lain, ia mungkin menyampaikan mesej lebih mendalam tentang nilai seni dan kreativiti.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.