Diego Maradona yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60, 30 Oktober lalu telah meninggal akibat serangan jantung semalam.
Legenda bola sepak Argentina ini meninggal di rumahnya tiga minggu selepas dia jalani pembedahan membuang darah beku di otaknya selepas dibenarkan pulang, lapor BBC Sport.
Eternas gracias. Eterno Diego. pic.twitter.com/SZVNOJnZ1j
— Boca Juniors (@BocaJrsOficial) November 25, 2020
Maradona merupakan kapten pasukan Argentina yang berjaya memenangi Piala Dunia 1986, selepas menjaringkan gol kontroversi yang dipanggil ‘Hand of God’ ketika menentang England di suku akhir.
Presiden Argentina telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk lagenda negara itu.
Anda dah bawa kami ke puncak dunia. Anda buat kami gembira. Anda yang paling hebat di antara semua. Terima kasih untuk kewujudan anda, Diego. Kami akan sentiasa merindui anda.”
Maradona juga pernah bermain bersama Barcelona dan Napoli sepanjang kareernya dan memenangi dua Serie A ketika bersama pasukan Itali.
https://www.instagram.com/p/CIBUbKvpgSg/?utm_source=ig_embed
Maradona sekali lagi mengetuai negaranya pada perlawanan akhir 1990 di Itali namun dikalahkan oleh pasukan Jerman Barat dan sekali lagi menjadi kapten ketika Piala Dunia 1994 sebelum disuruh pulang kerana gagal ujian dadah
Ketika di peringkat separuh akhir kareernya, Maradona telah mengalami masalah ketagihan dadah jenis kokain dan digantung selama 15 bulan selepas didapati positif dadah pada tahun 1991.
Maradona telah bersara sebagai pemain bola di usia 37 tahun pada tahun 1997. Maradona telah dilantik sebagai ketua jurulatih untuk pasukan negaranya pada tahun 2008 sebelum meninggalkan mereka selepas Piala Dunia 2010.
RIP to legend #Maradona ?? pic.twitter.com/U9KdyRhGBE
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) November 25, 2020
Dia kemudian menguruskan pasukan di Emiriah Arab Bersatu dan Mexico sebelum mengurus Gimnasia y Esgrima untuk pasukan tertinggi Argentina pada saat kematiannya.
Walaupun ada antara kita yang tak sempat pun tengok dia main, tapi namanya tetap gah di arena sukan bola sepak dunia.