in

“Lafaz akad nikah, kitorang juga yang kena lafazkan cerai..” – Perasaan Sebenar Lelaki Lepas Berpisah

Divorce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kes penceraian antara suami isteri semakin biasa didengari.


Yang perempuan, salahkan pihak lelaki. Yang lelaki pula, salahkan pihak perempuan. Bila nak selesai masalah kalau terus begini?

Kerapkali kita mendengar kisah daripada pihak isteri sebaik sahaja bercerai tapi pernah tak kita ambil tahu keadaan pihak lelaki pula?

 

Sebab tak tahan, isteri panas baran, didesak lafaz cerai untuk kali kedua

Seorang lelaki bernama Midun mengadu kepada Ayu Aziz menerusi Facebook mengenai isu penceraiannya yang baru saja berlaku.

Katanya, penceraian itu terjadi akibat sikap panas baran pihak isteri. Akibat tidak tahan selalu didesak, Midun menceraikan isterinya buat kali kedua.

Dalam tempoh menunggu kes dibicara di mahkamah, Midun selalu menangis sebab terlalu merindui isteri dan anaknya.

Selepas dinasihati, Midun ambil masa untuk bertenang dan membuat keputusan untuk memaafkan isterinya. Daripada terus berdendam, lebih baik melupakan segala sengketa.

Bila ditanya sama ada nak merujuk semula, Midun kata tak nak tapi dia teringin nak berjumpa semula dengan anak-anak.

 

Rindu anak, tak bagi jumpa

Cerai 2 1
sumber: twitter

Pada masa sama, Ayu juga bakal bercerai. Jadi kes Midun ni sedikit sebanyak turut mengusik jiwa wanitanya.

Jadi, Ayu pun minta pendapat Midun sama ada lelaki juga akan turut terkenang memori indah waktu berkahwin dulu.

 

“Kitaorang lelaki lagi sedih. Sebab kitaorang dulu yang akad nikah..Juga lafazkan cerai”.

Cerai 3
sumber: twitter

Siapa kata lelaki hati kering!

Diorang pun ada hati dan perasaan. Dahlah waktu akad nikah, lelaki yang lafazkan tapi bila bercerai pun diorang juga yang kena sebut.

Bayangkan betapa kecewanya perasaan seorang lelaki bila berdepan dengan perkara ni.

 

Cuma tak tunjuk macam perempuan

Bila bercerai, bukan satu pihak je yang sakit tapi kedua-duanya sekali. Lagi pula bila masing-masing dah mempunyai anak bersama.

Cuma bezanya lelaki tak tunjuk macam perempuan.

Cerai 4

Cerai 5

Cerai 6

Cerai 7
sumber: twitter

 

Jumpa dulu, baru bagi nafkah kat anak 

Geram dengan sikap keras kepala bekas isteri, Midun berkeras tak nak berikan nafkah untuk anak-anak walaupun dia sekarang dah ada isteri baru dan mempunyai anak bersamanya.

Kata Midun kepada bekas isteri, jumpa dulu baru boleh beri nafkah pada anak.

Akibat sikap degil dua-dua pihak, Midun masih belum dapat bertemu anak-anaknya mahupun memberikan nafkah kepada mereka.

Cerai 8
sumber: twitter

Apa-apa pun, janganlah kita berdendam dengan pasangan walaupun telah bercerai. Sebab nanti anak-anak yang menanggung akibatnya.

Baca: 7 Sebab Munasabah Yang Membenarkan Wanita Meminta Cerai Daripada Suaminya

Cerai 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.